Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. HAJI ZULAKMAL BIN HAJI SUFIAN, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR INFRA), IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 OKTOBER 2020.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. HAJAH ROHAYA BINTI P. KAMAL, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 SEPTEMBER 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik di JKR Perlis pada tahun 1981. Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Yusuf bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu bercuti rehat pada 27 September 2020 sehingga 1 Oktober 2020 seterusnya akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme - ALMP) Bilangan 3 Tahun 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2020 hingga 30 Oktober 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir.
Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Alfred Sim Seck Puan, Pengarah Bahagian Penurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, ibu pejabat JKR yang menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme - ALMP) Siri 67 Bilangan 3 Tahun 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2020 hingga 30 Oktober 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir.
Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Abdul Rahman bin Baharuddin, Pengarah Kejuruteraan Pakar Keselamatan Jalan Raya dan Forensik Jalan, Cawangan Jalan yang menjalankan tugas YBhg. Dato’ Ir. Che Noor Azeman bin Yusof sebagai Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan yang bersara Wajib pada 21 September 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir.
Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abd Ghani, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri perak, Bersara Wajib pada 22 September 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Hamdan Bin Ali, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, termasuk Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping menjalan tugas hakiki YBrs. Ir berkuatkuasa mulai 22 September 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.
Pewujudan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam JKR (AKRAB JKR) adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 Tahun 2005 yang bertujuan untuk menjadi agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja cemerlang di dalam perkhidmatan awam dengan keahlian seramai 162 orang dari seluruh JKR. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam dengan singkatan nama AKRAB membawa maksud AMANAH, KOMITMEN, RASIONAL, AKHLAK DAN BESTARI.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBINAAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM), NILAI, NEGERI SEMBILAN telah diadakan pada 14 September 2020 (Isnin) pada jam 2.30 petang bertempat di Auditorium, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan).
Program Outreach AKRAB JKR Malaysia Tahun 2020 bertemakan ‘Prihatin, Proaktif, Seronok Bekerja’ #KitaJagaKita telah berlangsung dengan jayanya pada 15 September 2020 bertempat di Hotel Casuarina @Meru, Perak. Program Outreach ini merupakan program tahunan yang dirancang bertujuan untuk menyebarluas dan mempromosikan kewujudan dan peranan ahli AKRAB serta aktiviti-aktiviti AKRAB kepada warga JKR Perak di peringkat Ibu Pejabat dan juga di daerah.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Penyiapan Kerja-Kerja Terbengkalai Projek Pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat Di PPUKM, Cheras, Kuala Lumpur telah diadakan pada 21 September 2020 (Isnin) bertempat di Tempat Letak Kereta Bertingkat Di PPUKM, Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengahari. Projek ini telah dikeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 21 September 2020 dan diserahkan kepada pihak pelanggan pada tarikh yang sama.