Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti TUAN HAJI ROSLAN BIN ABD GHANI, PENGARAH JKR NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 SEPTEMBER 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Kerja di Ibu Pejabat JKR KL pada 10 Oktober 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Bertempat di JKR Melaka, pada 17 September 2020, jam 2.30 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pengarah Projek (P.D) bagi projek di bawah Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) iaitu projek NAIKTARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK HOSPITAL MELAKA (REKA DAN BINA).
Majlis Penyerahan Projek Membina Jambatan Menghubungkan Kg. Lambor Kiri ke Kg. Lambor Kanan (merentasi Sg. Perak) Daerah Perak Tengah telah berlangsung dengan jayanya pada 17 September 2020 (Khamis) bertempat di lokasi tapak pembinaan di Mukim Lambor, Daerah Perak Tengah.
Penyerahan projek ini disempurnakan oleh YBrs. Ir. Roslan bin Abd Ghani, Pengarah JKR Negeri Perak kepada YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, selaku wakil pihak pelanggan.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. HAJI ABDUL RAHMAN BIN BAHARUDDIN, PENGARAH KEJURUTERAAN PAKAR KESELAMATAN JALAN DAN FORENSIK JALAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 SEPTEMBER 2020.
Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan bahawa seorang kakitangan JKR Malaysia telah disahkan positif COVID-19 pada 16 September 2020 dan telah diwadkan. Pesakit ini telah menjalani rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution, Kuala Lumpur telah diadakan pada 11 September 2020 (Jumaat) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.
Bertempat di Aras Mezannine, Blok G, Menara Kerja Raya pada 9 September 2020, jam 11.00 pagi telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) yang melibatkan projek HOSPITAL PASIR GUDANG, JOHOR (REKA DAN BINA) - TENDER SEMULA.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN KUARTERS IMIGRESEN PASIR GUDANG, JOHOR telah diadakan pada 06 September 2020 (Ahad) bertempat di Kuarters Imigresen Pasir Gudang, Johor pada jam 2.30 petang.