Tahniah diucapkan atas pelantikan YBrs. Ir. Haji Masri bin Baharuddin sebagai Pengarah JKR Negeri Sembilan berkuatkuasa mulai 4 November 2019.
Majlis penyampaian surat pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 1 November 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Mohd Said bin Sidik , Timbalan Pengarah, JKR Negeri Johor, telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
International Seminar : Digital Engineering - Expanding BIM for Infrastructure 4.0 telah diadakan pada 25 Oktober 2019 di MyBIM Centre CIDB Menara Sunway Putra Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 30 peserta daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Kertas pembentangan mengenai penggunaan teknologi digital dalam industri pembinaan dan kejuruteraan telah disampaikan oleh Mr. Ario Susanto (Clough), Mr. Dale Harrison (Jacobs), Mr. Shaun Miller (Parametric) dan Mr. Carl Faulkner (iConstruct) yang merupakan pengamal BIM di Australia.
BIM Project Implementation Workshop anjuran CIDB Malaysia telah diadakan pada 21 hingga 24 Oktober 2019 di MyBIM Centre CIDB, Menara Sunway Putra Kuala Lumpur.
Seramai 20 orang pegawai JKR terdiri daripada pelbagai disiplin telah menyertai program ini yang dikendalikan oleh Pengamal BIM daripada Australia iaitu Mr. Ario Susanto (Clough),Mr. Dale Harrison (Jacobs) dan Mr. Shaun Miller (Parametric) yang bertindak selaku tenaga pengajar dan fasilitator.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. KANAGARAJAH RASIAH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2 yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 29 Oktober 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Unit JKR Dara pada 20 Jun 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
The International Automation and Control Enhancing Innovation Competition (ACEiC) 2019 telah berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2019 bertempat di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor.
Adalah dimaklumkan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkam program SPEAKER SERIES 2: TECHNICAL EXCELLENCE. Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada warga JKR untuk berinteraksi bersama Former Managing Director Jambatan Kedua Sdn.Bhd dan Vice Chancellor of Nilai University.Selain itu, program ini adalah sebagai satu platform untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan.
Pada 12 sehingga 21 Oktober 2019, seramai 7 orang pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia, seorang pegawai Kementerian Kerja Raya dan 2 orang kakitangan Gamuda Engineering Sdn. Bhd. telah menghadiri Program PTV Certified Trainer Course di Ibu Pejabat PTV Group, Karlsruhe, Jerman.
Program ini adalah lanjutan daripada penerimaan manfaat melalui Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Program – ICP) melalui Pelaksanaan Projek Mass Rapid Transit Laluan Kedua (MRT2) Tunneling and Underground Package Works.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK MOHD ELHAM BIN ABD KASIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 23 Oktober 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur pada 15 Mei 1993. Sepanjang 26 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;