Pada Khamis 10 Oktober 2019 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Perumahan Kompleks Penjara Kajang, Selangor. Majlis telah diadakan di Perumahan Kompleks Penjara Kajang, Selangor.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, turut hadir YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Sektor Bangunan, Pengarah Penjara Kajang, Pengarah Selangor dan Jurutera Daerah Hulu Langat.
Program Outreach AKRAB JKR Malaysia Tahun 2019 bertemakan “Semangat Yang Bangkit” telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Oktober 2019 bertempat di Dewan Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar Johor. Program Outreach ini merupakan program tahunan yang dirancang bertujuan untuk menyebarluas dan mempromosikan kewujudan dan peranan ahli AKRAB serta aktiviti-aktiviti AKRAB kepada warga JKR di peringkat Ibu Pejabat dan juga JKR Negeri.
Sukacita dimaklumkan The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan satu program lawatan teknikal ke Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT54 dari Sg.Buloh ke Assam Jawa, Kuala Selangor pada 24 Oktober 2019 (Khamis). Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20.00 sahaja dan pengangkutan akan disediakan.
Pada 2 Oktober 2019, Timbalan Menteri Kewangan YB Dato’ Haji Amiruddin Bin Haji Hamzah telah mengadakan kunjungan mesra ke Menara Kerja Raya. Kedatangan YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK MOHD AZMI BIN CHE KOB, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK KHAS 1, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 05 Oktober 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di JKR Terengganu pada 27 Ogos 1984. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) telah diarah menanggung kerja jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya di Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai pada tarikh 1 Oktober 2019 sehingga kekosongan jawatan diisi.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia adalah dirujuk kepada beliau.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan British Standards Institution, diwakili oleh BSI Services Malaysia Sdn. Bhd. (BSI) telah dimeterai pada hari Isnin, 30 September 2019 bertempat di Ruang Legar Aras 2, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Osman dan Pengarah Urusan BSI Services Malaysia Sdn. Bhd., En. Poon Cheong Yuen.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJUTERIMA TENDER (SST), MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK DAN PENYERAHAN LUKISAN PEMBINAAN (3 IN 1) BAGI PROJEK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) – KOMPLEKS PUSAT PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH (TAWARAN SEMULA) KEPADA KONTRAKTOR
Tahniah diucapkan atas pelantikan YBrs. Ir. Roslan Bin Ismail sebagai Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa pada 7 Oktober 2019.
Majlis penyampaian surat pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 30 September 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.
Majlis penghargaan dan persaraan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Osman telah diadakan bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang pada 30 September 2019 dengan tema "Sedetik Bersama, Seabad Mesra". Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan sebagai KPKR dan serta jasa bakti beliau kepada JKR sepanjang 37 tahun tempoh perkhidmatan.