Tahniah diucapkan kepada Encik Anuar bin Pawan, Jurutera Mekanikal Kanan, JKR Malaysia yang sedang mengikuti pengajian kedoktoran sebagai pembentang kertas kerja di Symposium On Frontier Materials And Industrial Applications (SFMIA2019) yang telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam pada 29 Ogos 2019. Pembentangan beliau bertajuk “Optimization of Resistance Spot Welding Parameters (Single Response) using Taguchi Method” merupakan sebahagian daripada penyelidikan kimpalan bahan bersama penyelidik dari Universiti Teknologi MARA Shah
Sebagai langkah untuk menjadikan CREaTE sebuah pusat kecemerlangan kejuruteraan dan teknologi yang disegani, perkhidmatan pengujian makmal yang ditawarkan perlulah mencapai piawaian antarabangsa. Untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan, prosedur pengujian yang sahih dari sudut teknikal, kompetensi teknikal pegawai-pegawai makmal yang diiktiraf dan pengurusan makmal yang berkesan perlu diberi penekanan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Pengurusan Aset dan Projek Malaysia (MAPMA) dengan disokong oleh pihak JKR akan menganjurkan kursus Fundamentals in Asset Management. Peserta yang menyertai kursus tersebut akan ditauliahkan oleh Asset Management Council, Australia sebagai Certified Associate in Asset Management-Level 1 sekiranya peserta lulus penilaian secara atas talian yang perlu diduduki dalam masa dua (2) minggu selepas tarikh kursus.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. AB HAMID BIN HJ. MD DAUD, PENGARAH KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 Ogos 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Jalan di JKR Kuala Krai, Kelantan pada 16 Jun 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. HABIBAH BINTI MD. SHARIF, TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (P) TEKNIKAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 27 Ogos 2019.
Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) Ibu Pejabat JKR Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Lukisan Pembinaan dan juga Dokumen Kontrak (3in1) pada 19 Ogos 2019 bertempat di Aras 22, Cawangan Kerja Kesihatan, Menara Kerja Raya (Blok G).
Dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Suhaili Bin Mansor telah diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu pejabat JKR Malaysia disamping menjalankan tugas hakiki mulai pada tarikh 22 Ogos 2019 hingga 20 September 2019.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.
Dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Ir. Ruslan Bin Abdul Aziz telah diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Selangor disamping menjalankan tugas hakiki mulai pada tarikh 9 Ogos 2019 hingga 2 September 2019.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri Selangor adalah dirujuk kepada beliau.
Lawatan kerja oleh YB. Tuan Hj Mohd. Anuar bin Mohd. Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia ke Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG), IP JKR Malaysia di Tingkat 26, Menara PJD, Jalan Tun Razak telah disempurnakan pada 19 Ogos 2019 (Isnin) jam 2.30 petang.
Pertubuhan Profesional JKR Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya akan menganjurkan Seminar Nail Your Tender: Securing JKR Projects pada 10 September 2019 bertempat di Hotel Premiera KL.