Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Husin Bin Mustafa telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas sendiri bermula pada 9 Jul 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dirujuk kepada beliau.
Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Hanizan Binti Shaffii telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas sendiri bermula pada 8 Jul 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dirujuk kepada beliau.
Dimaklumkan bahawa YBrs. PuanMonaliza binti Mohd Hassan telah diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) disamping menjalankan tugas hakiki mulai pada tarikh 17 Julai 2019 hingga 30 Ogos 2019.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.
Majlis Anugerah Pengurus Projek dan Assessor Bertauliah JKR bagi Sesi 2018 telah diadakan pada 4 Julai 2019 bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Seramai lapan belas (18) orang pegawai JKR telah ditauliahkan sebagai Pengurus Projek Bertauliah manakala lapan (8) orang lagi ditauliahkan sebagai Assessor Bertauliah dibawah Program Competency Based Assessment System (CBAS).
Sukacita dimaklumkan YBrs. Haji Noor Rahim bin Suleiman telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), disamping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa mulai 09 Julai 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan dirujuk kepada beliau.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) Bagi 7 buah Projek Jambatan di bawah Cawangan Jalan telah berlangsung pada hari Isnin, 8 Julai 2019 di Ruang Mezzanine, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. ROSIAH BINTI ABU SAMAH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 Julai 2019.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. HAJI HANAN BIN HAJI ELIAS, PENGARAH, CAWANGAN KERJA KESELAMATAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 9 Jul 2019.
Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai di atas kenaikan pangkat. Semoga dengan perlantikan ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 8 Julai 2019.
Berikut adalah pegawai-pegawai yang terlibat untuk kenaikan pangkat;