Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK MOHD ZAWAWI BIN GHAZALI, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 September 2019.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Hj. Mohd Noh Bin Karim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Bangunan, JKR Negeri Sembilan, telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Sembilan, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 19 Ogos 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Majlis penyerahan projek siap bagi Projek Membina Jejantas Pejalan Kaki Di Laluan FT 700, Jalan Pohon Batu, Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 05 September 2019 (Khamis), bertempat di Tapak Projek (bersebelahan SK Pantai & SMK Pantai WP Labuan).
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) akan mengadakan “Seminar on Sustainable Infrastructure” pada 19hb September 2019 bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya.
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan buat kali kedua Program JKR Research Colloquium 2019. Program ini telah diadakan pada:
Tarikh : 26 & 27 Ogos 2019 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Dewan Utama CREaTE JKR, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE), Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Tanggal 5 September 2019, SEMINAR KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN anjuran bersama Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE).
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pemangkuan Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah ke Juruukur Bahan Penguasa (J52) di bawah program Kemajuan Kerjaya Laluan Secara Pantas (Fast Track) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan ditempatkan di Cawangan Perancangan Aset Bersepadu berkuat kuasa 30 Ogos 2019.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ar. Azman Bin Md. Hashim, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 30 Ogos 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Rozita Binti Mat Senapi, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor, telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Selangor, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 3 September 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ir. Mohd Rahim Bin Kawangitke Gred Utama B (Memangku) sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya mulai 30 Ogos 2019.