Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Mohammad Azlan bin Mon Jamaluddin, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Kementerian Kerja Raya yang bersara sebagai kakitangan awam pada 17 Januari 2017.
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 17 September 1984 , di Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Majlis Penyerahan Projek Kolej Kejururawatan Di Kepala Batas (Bertam), Pulau Pinang telah diadakan pada 16 Disember 2016.
Majlis menandatangani sijil penyerahan projek di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya ini disempurnakan bersama oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Tuan Ellam Endim Nom, Wakil Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan Encik Hisam Bin Ismail dan YBhg.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah bersetuju meluluskan pemangkuan kenaikan pangkat bagi pegawai di Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) seperti berikut:
Majlis Pentauliahan Pengurus Projek Bertauliah Pasukan PBLT telah diadakan pada 12 januari 2017 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. sembilan (9) orang calon Pasukan BLT telah ditauliahkan sebagai Pengurus Projek Bertauliah kerana telah berjaya menjalani program pensijilan ini dengan jayanya. Program yang dijadualkan selama enam (6) bulan ini bermula pada 25hb.
Satu Majlis Penyerahan Projek Siap Perumahan Kastam Sepanggar, Sabah yang mengandungi 120 unit kuarters pelbagai kelas telah berlangsung dengan jayanya pada Isnin, 9 Januari 2017 jam 2.00 petang di tapak projek, yang disaksikan oleh YB Dato’ Othman Bin Aziz, Timbalan Menteri Kewangan 1.
13 Januari 2017 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha telah mengadakan lawatan ke JKR Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai sebahagian daripada program Lawatan Dato’ Sri KPKR ke ‘1 Negeri, 1 Daerah’ di seluruh negara pada tahun ini. Program lawatan ini bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan, di samping untuk menyampaikan amanat kepada warga JKR.
Program bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan ketibaan YBhg.
Warga JKR mengucapkan tahniah kepada YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun, Pengarah Kanan,CPAB kerana telah dipilih sebagai Presiden Malaysian Asset & Project Management Association (MAPMA) bagi sesi 2017/2019.
Pertubuhan Pengurusan Aset dan Projek Malaysia atau The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA), telah ditubuhkan pada November 2008 dengan matlamat untuk memacu professionalisma dalam pengurusan aset dan projek di Malaysia.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia dinasihat dan diperingatkan untuk menghindarkan diri daripada membuat sebarang komen-komen negatif dan tidak sepatutnya di laman media sosial berkaitan pemimpin-pemimpin negara, dasar dan polisi kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan.
Oleh yang demikian, Mana-mana warga JKR yang didapati benar membuat komen-komen sedemikian maka siasatan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
10 Januari 2017 - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengingatkan semua penjawat awam termasuk pegawai kanan kerajaan dilarang bermain golf atau terlibat mana-mana aktiviti dengan pihak berkepentingan tertentu seperti kontraktor dan pembekal yang boleh membawa gejala rasuah - BERNAMA
Program ini adalah terbuka kepada semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Gred 41 dan ke atas yang telah berkhidmat dalam persekitaran projek dalam tempoh 3 tahun dan ke atas. Program ini dijangka bermula pada Januari 2017 dan berakhir pada Julai 2017.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kompetensi pengurus dan pasukan projek serta memupuk pembudayaan amalan terbaik pengurusan projek di setiap peringkat di JKR.