Dimaklumkan bahawa JKR Malaysia sedang menjalankan kaji selidik berkenaan dengan pengukuran Tahap Kepuasan Warga JKR (Indeks Kepuasan Pekerja - ESI) untuk tahun 2016. Kaji selidik ini dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kakitangan di Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Soalan-soalan yang dikemukakan perlu dijawab dengan jujur dan pandangan anda adalah amat penting dalam menjamin mutu perkhidmatan Jabatan ini.
Dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada Tn. Hj. Zulkefly bin Idris, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan JKR Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini jam 4.57 pagi di Institut Kanser Negara.
Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Khariah Paroi Jaya, Seremban dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang (bersebelahan Econsave). Warga JKR Malaysia mengucapkan takziah dan semoga beliau dan keluarga bertabah di atas dugaan ini.
19 Disember 2016 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha telah mengadakan lawatan ke JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada program Lawatan Dato’ Sri KPKR ke ‘1 Negeri, 1 Daerah’ di seluruh negara pada tahun ini.
Program lawatan ini bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan, di samping untuk menyampaikan amanat kepada warga JKR. Program bermula sekitar jam 10.45 pagi dengan ketibaan YBhg.
Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020: Prospek Ekonomi, Teras Strategik Dan Penyediaan Projek Pembangunan yang telah dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) telah menetapkan keperluan untuk semua Agensi Kerajaan menggunakan Pre-Approved Plan (PAP) bagi bangunan Kerajaan yang telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek RMKe-11.Syarat ini adalah mandatori untuk dipatuhi oleh semua Agensi Kerajaan.
1PP/PK1 telah menetapkan agar semua kementerian/agens
YBhg. Dato' Sri/ Dato’/ Datuk/Datin/Tuan/Puan warga JKR yang dihormati,
Bersama ini disertakan brosur dan borang pendaftaraan bagi Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
14 Disember 2016 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha telah mengadakan lawatan ke JKR Daerah Sepang, Selangor sebagai sebahagian daripada program Lawatan Dato’ Sri KPKR ke ‘1 Negeri, 1 Daerah’ di seluruh negara pada tahun ini.
Program lawatan ini bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan, di samping untuk menyampaikan amanat kepada warga JKR. Program bermula sekitar jam 2.45 petang dengan ketibaan YBhg.
Projek ini berjaya diserahkan kepada pelanggan pada 8 Disember 2016 (Khamis) dalam tempoh tiga minggu selepas CPC dan berjaya mencapai sasaran penyiapan 3 dalam 1 (Serahan, Lukisan Siap Bina dan SOFA) juga bakal beroperasi pada awal 2017.
Kos pembinaan Mahkamah baru Besut ini adalah sebanyak RM10,918,612.31 iaitu penjimatan sebanyak RM581,770.69 berbanding kos kontrak asal iaitu RM11,500,383.00.
Program Professional Executive Talk (PET 2-2016) dan Bual Bicara Bersama Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya yang telah diadakan pada 13 Disember 2016 merupakan jalinan usahasama di antara Cawangan Perancangan Aset Bersepadu,JKR dan Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM). Majlis telah dihadiri lebih 300 peserta dari cawangan dan negeri.
Majlis yang berteraskan program ilmuan merupakan langkah berterusan Jabatan dalam memperkasakan modal insan, berpaksikan kepada pembelajaran berterusan.
JKR Malaysia mengucapkan tahniah di atas pelantikan YBrs. Ir. Hj. Mohamad Salleh bin Abu Bakar sebagai Pengarah JKR Negeri Johor berkuatkuasa 15 Disember 2016.
Semoga JKR Johor akan terus maju dan cemerlang di bawah kepimpinan beliau disamping memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Hj. Asri bin Arjan, Pengarah JKR Negeri Johor yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 15 Disember 2016.
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 22 Dis 1980 , di Cawangan Kerja Tentera.