Dukacita dimaklumkan bahawa Ir. Che Rahim Mustafa, mantan KPPK di Cawangan Kerja Bangunan Am 2 telah pulang ke Rahmatullah pada 2 Januari 2017 (hari ini) jam 1.00 tengahari.
Jenazah Allahyarham akan disembahyang dan dikebumikan di Kadok, Kota Bharu, Kelantan (berdekatan dengan rumah Allahyarham) selepas Solat Subuh pagi esok, 3 Januari 2017.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Hj. Rosli bin Mohamed, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Sabah yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 1 Januari 2017.
Pada 20 dan 21 Disember 2016, delegasi Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah JKR Negeri Sabah, YBrs. Ir. Ali Bin Ahmad bersama Ketua Penolong Setiausaha Jabatan Ketua Menteri Sabah, Pn. Jasmin Teo dan Syarikat GLC Kerajaan Negeri Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Putrajaya dan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendalami kontrak penswastaan penyenggaraan bangunan yang dilaksanakan oleh JKR Malaysia.
Menara Kerja Raya ( BLOK G) telah berjaya diiktiraf oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dengan sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kategori CEMERLANG.
Temubual Telefon MHI 27hb Disember 2016 bersama YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia mengenai situasi tanah runtuh di Cameroh Highlands Pahang.
Antara perincian dan perkembangan yang telah disampaikan oleh YBhg.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Cheong Pui Keng, Jurutera Awam Penguasa Kanan Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, JKR Malaysia yang akan bersara sebagai penjawat awam pada 26 Disember 2016.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. She Tian Hock, Jurutera Awam Penguasa Kanan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia yang telah bersara sebagai penjawat awam pada 24 Disember 2016.