Melayu

Program hari kedua dan penutup Mesyuarat Jurutera Awam 2016 dimulakan sekitar jam 8.30 pagi dengan taklimat yang bertajuk "cabaran di Tapak Bina : Auditan dan Pengajaran" oleh YBrs.Sr.Norshimah bt Meon, JKR Selangor. Taklimat yang beliau sampaikan berkaitan dengan permasalahan yang sering dihadapi oleh Wakil Pegawai Penguasa dan Pegawai Penguasa diantaranya:

1)Kepincangan dalam bayaran Interim
2)Arahan PP ataupun cadangan Kontraktor?
3)Lanjutan masa satu kemestian?
4)Tindakan penamatan yang tidak sempurna.

sably


Melayu

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) berkuatkuasa mulai 24 Ogos 2016. Watikah pelantikan sebagai KPKR telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri KSN pada 23 Ogos 2016. Semoga pelantikan ini menyuntik semangat warga Jabatan Kerja Raya untuk sama-sama terus berjuang meningkatkan prestasi dan memantapkan organisasi JKR sebagai agensi teknikal utama negara.

fahd


Melayu

Majlis Perasmian Mesyuarat Jurutera Awam JKR Tahun 2016 telah diadakan pada 22 Ogos 2016(Isnin) jam 9.30 pagi bertempat di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Tema mesyuarat kali ini ialah “ Attitude & Work Culture - Change We Must”. Tema ini telah dipilih bertepatan dengan Pelan Transformasi JKR yang berasaskan kepada Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA).

sably


Melayu

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada Dato' Ir. Noor Azahari bin Zainal Abidin oleh Ke Bawah DYMM Sultan Pahang pada 20 Ogos 2016 di Istana Pahang yang membawa gelaran Dato'. Untuk makluman, Dato' Ir. Noor Azahari ialah Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), seorang pegawai kader JKR.

Penanugerahan ini secara tidak langsung telah turut menaikkan imej JKR.

sably


Melayu

JKR Malaysia mengucapkan tahniah kepada YBrs. Ir. Dr. Hj Zarabizan b Zakaria di atas pengiktirafan oleh IEM  dengan The Best Research Award On Project Management. Sijil Penghargaan tersebut telah disampaikan di dalam Majlis 12th Annual General Meeting, Project Management Technical Division IEM yang berlangsung pada 20 Ogos 2016 bertempat di Auditorium Ching Fung Kee, Wisma IEM.

JKR Malaysia berbangga dengan pencapaian tersebut dan berharap ia menjadi pendorong bagi warga JKR untuk mengharumkan nama Jabatan diperingkat yang lebih tinggi.

sably


Melayu

Pada 17 Ogos 2016 (Rabu) lepas telah berlangsungnya Mesyuarat Teknikal Pembinaan & Penyenggaraan Jalan (MTPPJ) Siri 1/2016 bertempat di JKR Langkawi yang disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Ir. Hj. Zulakmal Bin Hj. Sufian dan dihadiri oleh kakitangan JKR Ibu Pejabat, KPPJ Negeri, Jurutera Daerah di negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis serta Syarikat Konsesi dengan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 108 orang.

sably


Melayu
Dukacita dimaklumkan bahawa En. Jamaluddin b Osman, Penolong Pengarah (Awam), Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.53 tengahari pada 15 Ogos 2016 di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sepang pada petang ini selepas solat Asar. 
 
Semoga keluarga Allahyarham sabar menghadapi ujian Allah SWT dan semoga Allah mengampunkan dan merahmati Allahyarham dan rohnya ditempatkan bersama-sama para Solihin.

sably


Melayu

Pada 11 Ogos 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Chung Mu Art Hall, Seoul, Korea Selatan, pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Ir. Dr. Zarabizan Zakaria bersama dengan Ir. Dr. Syuhaida Ismail yang merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur telah berjaya memenangi Pingat Emas (Gold Medal) di 3rd Korea Creative Invention Contest (CiC) 2016 melalui penghasilan inovasi ‘Accurateness of Work Programme Analysis (AWPA)’.

sably


Melayu

Program Penyatuan dan Jalinan Mesra Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) 2016 telah diadakan pada 9 hingga 10 Ogos  2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Pengarah Kanan  CPAB, Yang berusaha Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun telah menyampaikan ucapan perasmian program ini yang dihadiri oleh 320 orang kakitangan CPAB dari Ibu pejabat Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Ibu pejabat Bahagian Pengurusan Projek Kompeleks (BPPK) dan  dari  lima belas (15) CPAB Negeri.

Program ini mempunyai lima (5) objektif:

sably


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti kepadaYBhg Dato' Abdul Rahim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan dan En.Abu Hassan bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan di Kementerian

Alt

adminjkr


Halaman-halaman