Pada 4 Ogos 2016 yang lepas, telah berlangsung Majlis Penyerahan Kunci beberapa buah Rumah Kekal Baharu (RKB) Mangsa di Jajahan Kuala Krai Kelantan, yang disempurnakan Oleh YBhg. Dato Ar. Prof. Dr. Amer Hamzah, Pengarah Kanan CKBA bersama Pasukan Banjir JKR Malaysia kepada mangsa banjir secara berperingkat.
Pihak Arkitek dan Pasukan Rekabentuk JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur telah merekabentuk dan membina Rumah Kekal sebagai penempatan yang selamat dalam jangka masa panjang. Ia adalah berkonsepkan rumah mampu milik, dan ianya bersifat kekal.
Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Norazian Binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan (M54) telah ditempatkan sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, JKR yang baru bermula pada 8 Ogos 2016. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Seksyen Pengurusan Inovasi dan Dasar di Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri dan berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan sumber manusia.
Dukacita dimaklumkan bahawa suami kepada Pn. Hasnah bt Yun (Ketua Penolong Pengarah Kanan (Arkitek), Cawangan Kerja Kesihatan), En. Jasni bin Jaafar telah kembali ke Rahmatullah.
Majlis Bacaan Yassin bagi meraikan warga JKR yang akan menunaikan Ibadah Haji tahun 2016 telah diadakan pada 5 Ogos 2016 (Jumaat) jam 8.00 pagi. Untuk makluman, seramai 12 warga JKR yang akan menunaikan Ibadah haji pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ir. Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi kemudian diikuti dengan ucapan oleh YBhg Dato’ Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, TKPKR (Infra).
Antara intipati ucapan YBhg. Dato' TKPKR (Sektor Infra) :
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir.Kamalaldin bin Abd. Latif, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, yang bersara sebagai penjawat awam pada 1 Ogos 2016.
Sebuah persidangan konkrit telah diadakan di University of Dundee, Scotland, UK pada 4hb hingga 6hb Julai 2016. Persidangan ini diadakan pada setiap 4 tahun sekali di University of Dundee. Penyertaan ke persidangan The 9th International Concrete Conference 2016 yang bertemakan ‘Environment, Efficiency and Economic Challenges for Concrete’ adalah dari kalangan pakar-pakar penyelidik serta pembekal, pengguna, pereka, kontraktor dan pelajar di bidang konkrit dari seluruh dunia.