Melayu

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Ir. Salleh Bin Awang, mantan Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang iaitu Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato' di Seri Mutiara Pulau Pinang pada hari Selasa, 25 Julai 2017. YBhg. Dato' kini berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Pameran 18th International Architecture, Interior Design & Building Exhibition 2017 (ARCHIDEX 2017), Malaysia telah berlangsung selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula pada 19 hingga 22 Julai 2017. Pameran tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dengan kerjasama C.I.S Network Sdn. Bhd. sebuah syarikat pengurusan majlis (Event Management) dan merupakan pameran tahunan.

Alt

adminjkr


Melayu

Seminar Pengurusan Fasiliti JKR 2017 anjuran Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Caw. Perancangan Aset Bersepadu telah berlangsung pada 18 Julai 2017 bertempat di Dewan Azman Hashim, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur, Jalan Semarak.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan pemangkuan;

1. YBrs. Ir. Abdul Hadi bin Abdul Aziz ke Gred Utama C (memangku) sebagai Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia mulai 1 Julai 2017.

2. YBrs. Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah ke Gred Utama C (memangku) sebagai Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia mulai 1 Julai 2017.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Shuib bin Tabri, Pengarah Khidmat Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 13 Julai 2017 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) bersama Unit Mekanikal, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan melaksanakan Program Pensijilan Jurutera Mekanikal bagi tahun 2017. Pensijilan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf pengetahuan, kekompetenan dan kepakaran Jurutera Mekanikal dalam bidang berkaitan yang telah diperolehi melalui pengalaman bekerja di  JKR.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Dan Baikpulih Bangunan Parlimen Malaysia (Fasa 3A) telah berlangsung dengan jayanya di Marquee Tent, perkarangan Dewan Sementara Parlimen Malaysia pada 18 Julai 2017 (Selasa) jam 11 pagi.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Tn. Mohamed Ariff Bin Che Zainul Abidin, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 15 Julai 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Tn. Haji Mazlan Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 15 Julai 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. Ir. MOHAMAD AZMAN BIN HAJI AHMAD, PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 Julai 2017.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman