Sesi libat urus YBhg. Dato; Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia bersama warga Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) telah diadakan di Pejabat PPK2 yang terletak di Queen’s Court, Jalan Wan Alwi, Kuching, Sarawak.
Sesi libat urus ini adalah bertujuan untuk beramah mesra sambil berbincang mengenai peranan PPK2 di Sarawak serta isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek serta pentadbiran pejabat.
Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool. Turut menghadiri Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), YBrs. Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Cawangan Jalan (CJ), YBrs. Ir.
Majlis Penutup bagi Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 JKR Malaysia Tahun 2022 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 5 Ogos 2022 jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian,Menara Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) YBrs. Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUANSAMILAH BINTI MASHURI, TIMBALAN KETUA PENGARAH, JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 03 Ogos 2022.
Dukacita dimaklumkan bahawa ALLAHYARHAM MURAD BIN MOHD CHIN, Kader JKR di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Julai 2022 (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1444H jam 10.30 malam di rumahnya di Melaka.
Jenazah telah dikebumikan di Kg Bunagong, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor
Semoga Allah SWT mengampuni roh Allahyarham dengan limpahan RahmatNya serta dihimpunkan bersama para syuhada dan orang-orang yang soleh.
Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 JKR Malaysia Tahun 2022 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang dilaksanakan di beberapa Cawangan/JKR Negeri iaitu:-
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM CREaTE ELECTRICAL ENGINEERING WEBINAR 2022 (CEEW 2022)
Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE), Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program CREaTE Electrical Engineering Webinar 2022 (CEEW 2022).
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Pembaikan Cerun Runtuh Fasa 1 dan Fasa 2 Di Istana Negara, Kuala Lumpur telah diadakan pada 28 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyauarat Utama, Pejabat Pengurusan Istana Negara.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman atas Pengurniaan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato’ Seri bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Semoga YBhg. Dato’ Seri terus dikurniakan kesihatan demi untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.