Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Lithium yang mewakili JKR di atas kejayaan memenangi GOLD MEDAL bagi produk inovasi F-Flex: Flexible Joint For Rainwater Down Pipe Over Soft Ground yang dipertandingkan dalam Persidangan Dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan (National Water Innovation, Conference and Exhibition) - NWICE 2022 yang diadakan pada 19-21 Julai 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
21 JULAI 2022 - Satu Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA Do-It-Yourself (EKSA DIY) Kluster Kementerian dan Agensi Pusat & Jabatan Utama (APJU) telah diadakan di Mesmera Ballroom, Hotel Everly, Putrajaya. Majlis dan penyerahan sijil kepada penerima sijil Champion EKSA telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail dan dihadiri oleh semua wakil Pengurusan Kementerian/Agensi. Turut serta dalam penyampaian ini ialah YBhg. Dato' Ir. Hj.
ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Lokman bin Haji Nasir, Pegarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor akan menghadiri Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 74 Bil. 3/2022 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 22 Julai 2022 sehingga 19 Ogos 2022.
Pada 19 Julai 2022 (Selasa), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima lawatan daripada Bahagian Dasar Sumber Manusia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh YDH SAC Dato' Nurulhuda Binti Mohd Salleh berserta 5 orang pegawai kanan PDRM yang lain.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman Jabatan Kerja Raya dalam pelaksanaan dasar penempatan dan pembangunan kerjaya pegawai pengurusan dan professional JKR serta pembangunan laluan Subject Matter Expert (SME) JKR.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Ir. Som Pong a/l Pichan kerana menjadi salah seorang Penceramah untuk GEOFIEST 2022 yang bertajuk “Application of Geophysical Methods- A Way Forward For Site Investigation Work In Malaysia”. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi input kepada persidangan GEOFIEST 2022 ini.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. AHMAD AZIZI BIN ISMAIL, TIMBALAN PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 4 JULAI 2022.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Tingkatan Biasa, bertempat di JKR Temerloh,pada 15 Mei 1986. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Dukacita dimaklumkan bahawa ALLAHYARHAM AMIRUDIN BIN MOHAMAD ALI, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, JKR Pulau Pinang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi, 16 Julai 2022 di Hospital Pantai, Sungai Petani, Kedah. Dimaklumkan juga, jenazah telah dibawa pulang ke kediaman di Taman Melur, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah dan akan dikebumikan selepas waktu Zohor keesokan harinya, 17 Julai 2022.
Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada 20 Jun 2022 telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya ke Gred Utama Turus III mulai 21 Februari 2022.
Seluruh warga kerja JKR mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk KPKR di atas kenaikan pangkat tersebut. Sesungguhnya pelantikan ini pastinya menjadi pendorong kepada kecemerlangan JKR dalam peranannya menjayakan agenda pembangunan negara.
Kunjungan hormat delegasi dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN), YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad berserta pegawai-pegawai daripada MKN telah diadakan pada 13 Julai 2022 (Rabu).
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54 di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah sebagai Pengarah. Pertukaran ini berkuatkuasa mulai 17 Julai 2022.
Semoga YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail dapat menjalankan tugas dengan penuh intergriti dan cemerlang.