Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. Dr. LIM CHAR CHING, PENGARAH KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 OKTOBER 2021.
Program JKR Greenday 2021 bertemakan Construction Industry towards Sustainable Development Goals telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Oktober 2021 (Khamis) secara dalam talian; selaras dengan norma baharu penganjuran program. Ini adalah buat julung kalinya program seumpama ini dijayakan bersempena Hari Alam Sekitar Negara yang disambut pada 21 Oktober setiap tahun.
Majlis Perasmian Pameran Anugerah Reka Bentuk Terbaik PAP 3.0 JKR Malaysia anjuran Cawangan Arkitek tahun 2021 (ART PAP 3.0 JKR) telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober 2021 di aras plaza, Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MD YAZID BIN ARIS, KETUA JURUTERA ELEKTRIK, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NEGERI JOHOR yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 21 OKTOBER 2021.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Elektrik bertempat di KEJORA pada 17 April 1982. Beliau telah berkhidmat hampir 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Lim Char Ching, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) akan mula bercuti pada 18 Oktober 2021 seterusnya bersara wajib mulai 25 Oktober 2021. Sehubungan itu, YBrs. Sr Amran bin Hj.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Lim Char Ching, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR akan mula bercuti pada 18 Oktober 2021 seterusnya bersara wajib mulai 25 Oktober 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir.
Lawatan dan Libat Urus Jabatan Kerja Raya (Sektor Infra) bersama YBhg.Dato' Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) dan YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Hj. Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 12hb Oktober 2021, bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Menara Kerja Raya. Sesi Libat Urus juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ir.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. KAMSIAH BINTI MADIU, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK KHAS 2, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 12 OKTOBER 2021.
Program Virtual Outreach AKRAB JKR Malaysia Tahun 2021 bertemakan Menangani Cabaran Psikologi di Era Pandemik telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Oktober 2021 (Rabu) secara dalam talian. Program Virtual Outreach AKRAB JKR pada kali ini menampilkan kelainan apabila diadakan secara aplikasi dalam talian sesuai dengan norma baharu pada masa kini.
Program pada kali ini telah dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, AKRAB JKR Malaysia dan JKR Negeri Pulau Pinang.