Adalah dimaklumkan, YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR sedang bercuti sakit dan masih menerima rawatan di Pusat Pakar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Sehubungan itu, YBrs.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Dr. Lim Char Ching, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR telah bersara wajib pada 25 Oktober 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Noreha binti Nordin, diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki beliau berkuatkuasa pada 1 November 2021 sehingga jawatan diisi secara hakiki.
Pada 27 Oktober 2021 bertempat di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, Selangor telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Siap bagi dua (2) projek penggantian lif iaitu Kerja-Kerja Penggantian Lif Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Kerja-Kerja Penggantian Lif Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Menara 2 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Unit BIM, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu JKR dengan kerjasama ProJKRM dan sokongan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) telah mengadakan Program JKR BIM Day Edisi Keempat pada 26-27 Oktober 2021 secara maya melalui platform Virtualive. Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan berjaya merekodkan lebih 700 peserta yang terdiri daripada kalangan pegawai JKR, agensi kerajaan, pihak swasta dan ahli akademik di kedua-dua hari tersebut.
Pada 23 Oktober 2021, rombongan lawatan kerja ke tapak projek Projek Menyiapkan Baki Kerja Terbengkalai Bagi Cadangan Pembinaan Hospital Petra Jaya (300 katil), Petra Jaya, Kuching, Sarawak (Reka dan Bina) – Tender Semula oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang telah turut dihadiri bersama YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara Malaysia.
Umum mengetahui bahawa Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Pelancaran Pelan Pengurusan Risiko JKR 2021 – 2025. Kesinambungan daripada itu, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) bersama-sama Bahagian Pengurusan Perubahan & Prestasi (BPPP), CDPK yang diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Abdul Wafi Bin Jamal, Arkitek J41 di Bahagian Reka Bentuk Fasiliti Bangunan Am 1, Cawangan Arkitek, JKR Malaysia kerana telah menerima Anugerah Menti Terbaik Perkhidmatan Awam pada 26 Oktober 2021 yang bersempena dengan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-25 Tahun 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tan Sri Mohd. Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah mengadakan Majlis Pelancaran Laporan Pencapaian Prestasi Pelan Bisnes dan KPI Pengarah CDPK Tahun 2016-2020 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK pada 26 Oktober 2021 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Nilam 1, Blok G, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi (BPPP), CDPK yang diterajui oleh Ketua Bahagian, YBrs. Ir. Ts. Dr.
Program Pementoran Perkhidmatan Awam merupakan salah satu program yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal pada 27 Oktober 2021 secara dalam talian. Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.