Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2021 telah diadakan secara HIBRID bagi menyahut seruan Kerajaan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19. Walaupun terdapat cabaran dalam penganjuran tersebut, Konvensyen KIK JKR Malaysia pada tahun ini tetap mendapat sambutan yang meriah daripada kalangan warga JKR.

Alt

adminjkr


Melayu

Ziarah Mahabbah JKR Malaysia telah dirancang bagi menziarahi waris dan keluarga warga JKR Malaysia yang telah meninggal dunia akibat wabak pandemik  Covid-19.

 

Objektif Program:

Tujuan dan inisiatif program ini dilaksanakan sebagai wadah menyantuni para waris dan ahli keluarga warga JKR Malaysia yang telah kehilangan, orang yang tersayang merangkap ketua keluarga masing-masing.

Alt

adminjkr


Melayu

Building Information Modelling (BIM) merupakan salah satu elemen asas industri pembinaan digital dalam era Revolusi Industri Ke 4.0 yang digunakan bagi tujuan meningkatkan tahap produktiviti dan keberkesanan sistem penyampaian projek.  Penggunaan BIM telah diperkenalkan di Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak tahun 2008 dan beberapa projek kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 10, 11 dan 12 (RMK10, RMK11 dan RMK12) telah dilaksanakan secara BIM.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada tanggal 29 September 2021 (Rabu) dan bertempat di Aras Mezannine, Blok G, Menara Kerja Raya telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi dua (2) projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1) yang melibatkan projek PEMBINAAN TAPAK SIMULASI BENCANA BAGI PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KHAS MALAYSIA (SMART) DI MARKAS SMART, PULAU MERANTI SELANGOR dan projek PEMBINAAN BANGUNAN ASRAMA PELAJAR, KAFETERIA DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN DI LANGKAWI TOURISM ACADEMY (LT

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 3 Oktober 2021 bertempat di tapak projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Siap bagi dua (2) projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) iaitu Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dan Kuarters Ulu Tiram, Johor Bahru serta Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dan Kuarters Kampung Kenangan, Muar, Johor.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Hasmi bin Ahmad, Pengarah Pembinaan, Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) Dan Khas Jalan (PKJJ) akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme – ALMP) Siri 71 Bilangan 4/2021 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 01 Oktober sehingga 29 Oktober 2021.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 1 Oktober 2021, Bahagian Pengurusan Perubahan & Prestasi (BPPP), CDPK telah menganjurkan taklimat mengenai kepentingan pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko oleh pihak MAMPU. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memperkasakan lagi kefahaman terhadap peranan dan tanggungjawab (Roles and Responsibility) Pegawai Prestasi dan Pegawai Risiko bagi pemantauan dan   pelaporan   Pelan   Strategik, Pelan Bisnes dan Pelan Risiko Jabatan (ERM).

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya telah membangunkan aplikasi Pengenalpastian Kompetensi (Competency Identification, CI) bagi mengukur tahap kompetensi yang dimiliki oleh pegawai berbanding kompetensi jawatan. Hasil daripada penilaian ini, profil kompetensi sumber manusia di JKR akan diperolehi untuk pengurusan sumber manusia.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Noreha binti Nordin, Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme – ALMP) Siri 71 Bilangan 4/2021 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 01 Oktober sehingga 29 Oktober 2021.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman