Melayu

Tahniah kepada YBrs. Ir. Suhaili bin Mansor, Jurutera MekanikalPenguasa Kanan, Gred J54 di Cawangan Dasar dan pengurusan korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai Pengarah Rekabentuk memangku Jurutera Mekanikal Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuatkuasa 25 November 2020.

Semoga Ir. Suhaili dapat melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan berintergriti.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-kerja Berkaitan DI Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS) Kuala Lipis, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Disember 2020 (Rabu) bertempat di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS) Kuala Lipis, Pahang. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Ybrs Encik Amiruddin bin Abd Rahim, ans., amp. Jurutera Daerah JKR Lipis selaku Pegawai Penguasa projek ini kepada YBrs.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jaya, Maran, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Disember 2020 (Selasa) bertempat di SMK Sri Jaya, Maran, Pahang. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs En Mohd Zaky Bin Zakaria, Jurutera Daerah JKR Maran selaku Pegawai Penguasa projek ini kepada YBrs. En Mohd Faishal bin Mat Isa, Pegawai Eksekutif Tinggi Sektor Pengurusan, Pejabat Pendidikan Daerah Maran (JPN).

Alt

adminjkr


Melayu

Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) bil. 2/2018 telah meluluskan sembilan (9) Bidang Kepakaran SME dan Tahap Kepakaran bagi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa calon-calon di bawah penyeliaan JKR yang berkelayakan untuk memasuki laluan ini bagi sesi 2020/2021 dan menjadi Pegawai SME JKR Malaysia bagi bidang-bidang kepakaran dan tahap berikut :

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Perlantikan Pengarah Projek bagi Projek PENINGKATAN JETI OPERASI LUMUT telah berlangsung pada 15 Disember 2020 bertempat di bertempat di Aras Mezzanine, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya Malaysia amat berbesar hati menerima Kunjungan Hormat Delegasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 16 Disember 2020 (Rabu) jam 9.30 pagi. Tujuan kunjungan adalah bersempena Penyerahan Video dan Lagu Tema Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2020.

Alt

adminjkr


Melayu

Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Aras 33, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 8hb Disember 2020, telah berlangsung Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL PULAU PINANG, PULAU PINANG (REKA DAN BINA) – TENDER SEMULA

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa satu modul baru e-Learning JKR Malaysia bertajuk Value Managemet Strategik (VMS)” yang dibangunkan hasil kerjasama di antara  Unit Pengurusan Nilai, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) JKR dengan Bahagian Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kini ditawarkan di portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) @ www.epsa.gov.my.

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Pembukaan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) bagi Monsun Timur Laut 2020/2021 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 9 Disember 2020 bertempat di Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Blok F.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 9 Disember 2020, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Kunjungan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) Puan Samilah Binti Mashuri dan Pengarah Ketua Perunding Kawalan Pemajuan, YBrs. Ar. Mohamad Nazli bin Ramli.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman