Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abd Ghani, Timbalan Pengarah Kerja Raya Perak Darul Ridzuan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Kerja Raya Perak Darul Ridzuan, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 13 Mei 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

PELAWAAN KEMASUKAN KE LALUAN SME DILANJUTKAN SEHINGGA 13 JUN 2019

PELAWAAN KEMASUKAN KE LALUAN KEMAJUAN KERJAYA PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) PP 7/2016

 

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah memperakukan penubuhan Unit JKR KETENGAH berkuatkuasa pada 20 Disember 2018. Pasukan ini bertanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa dan Pengarah Projek bagi projek pembangunan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa Jurutera Awam Penguasa, En. Muahmad bin Jusoh telah dilantik sebagai Pengarah Unit JKR KETENGAH.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 15 Mei 2019, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman.

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Mohamad Adzizulrohim Bin Abd Malek, Jurutera Mekanikal Kanan dari Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian PHD dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Asset & Facilities Management) berkuatkuasa 25 April 2019 oleh Senat Universiti Malaya (UM). Beliau telah melaksanakan pengajian PHD secara separuh masa bermula pada Mac 2013 sehingga Oktober 2018.

Alt

adminjkr


Melayu

                     
Semua warga Cawangan/Bahagian/Unit di Ibu Pejabat JKR Malaysia dan CREaTE adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Inovasi CREaTE Dan Zon Ibu Pejabat JKR Malaysia 2019 bertempat di CREaTE, Melaka.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Ibu Pejabat JKR 2019 dan CREaTE JKR dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang bagi setiap kumpulan meliputi semua peringkat gred, jawatan dan disiplin.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan bagi kedua-dua projek ini telah disempurnakan pada 2 Mei 2019 (Khamis), bertempat di tapak KK3 Gombak Setia, Gombak, Selangor.

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sekali lagi telah melakarkan kejayaan di pameran 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 2 - 4 Mei 2019  di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) apabila kesemua tiga (3) produk inovasi JKR Malaysia kali ini telah diiktiraf di persada nasional dan antarabangsa oleh para Panel Juri Penilai ITEX ’19.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah diadakan pada 3 Mei 2019 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri semua ketua bahagian dan warga CDPK.

Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh kakitangan CDPK. Pengarah CDPK turut mengambil bahagian. Aktiviti ini adalah selaras dengan saranan kerajaan supaya kakitangan kerajaan meluangkan masa selama 10 minit untuk melakukan senaman.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya telah berlangsung pada 2 Mei 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan dihadiri oleh Pengurusan Atasan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid (TKPKR Sektor Pakar), YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri (TKPKR Sektor Bangunan) dan YBrs. Ir. Ir.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman