Melayu

PROGRAM 2nd JKR RESEARCH COLLOQUIUM 2019 (2nd JKRRC2019)

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan buat kali kedua Program JKR Research Colloquium 2019.

Program ini akan diadakan pada:

Tarikh : 26 & 27 Ogos 2019

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Utama CREaTE JKR,

   Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE),

   Jalan Kemus, Simpang Ampat,

   78000 Alor Gajah, Melaka

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. LAI KHIN ONN, PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK KOMPLEKS, CAWANGAN PENGURUSAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Jun 2019.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 18hb Mac 2019 sehingga 20hb Mac 2019, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan pengauditan pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi enam (6) buah blok di Ibu Pejabat iaitu:

i.   Menara Kerja Raya (Blok G);
ii.  Menara PJD;
iii. Blok A (Lama);
iv. Blok B (Lama);
v.  Blok D; dan
vi. Blok E

Alt

adminjkr


Melayu

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) Bagi Projek Central Spine Road, Pakej 5: Raub Ke Bentong, Pahang, Seksyen 5A : Raub Bypass telah berlangsung pada hari Selasa, 28 Mei 2019 di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abd Ghani, Timbalan Pengarah Kerja Raya Perak Darul Ridzuan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Kerja Raya Perak Darul Ridzuan, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 21 Mei 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Program ini adalah terbuka kepada semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Gred 41 dan ke atas yang telah berkhidmat dalam persekitaran projek dalam tempoh 3 tahun dan ke atas. Program ini dijangka bermula pada Julai 2019 dan berakhir pada Disember 2019.

Sila klik di link berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program dan borang permohonan;

Maklumat & Borang Permohonan

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis serahan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters, Marang, Terengganu telah disempurnakan Pada 21 Mei 2019 (Selasa), Pihak JKR dengan rasminya menyerahkan projek ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana ianya akan diterima oleh Pihak Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu.

Alt

adminjkr


Melayu

Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menganjurkan program ‘Hari Bertemu Pelanggan Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG)’ di Tkt. 26 Menara PJD, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2019.

Alt

adminjkr


Melayu

Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 13-15 Mei 2019 di Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai Site Pertama dan Ibu Pejabat JKR Perak sebagai Site Kedua.

Sukacita dimaklumkan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah mengesyorkan pensijilan ke atas Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Ibu Pejabat JKR Perak (sebagai Site Kedua) telah melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga yang mematuhi standard ISO 50001:2011.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ IR. HAJI AHAMEED TARMIZI BIN RAMLI, PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 Mei 2019.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman