Melayu

Seminar Route to Professional Engineer (P.E) by Board of Engineers Malaysia (BEM) - Zon Timur merupakan sebahagian daripada inisiatif dan program Urus Setia Disiplin Awam JKR bagi menggalakkan jurutera awam di Jabatan Kerja Raya Malaysia berdaftar sebagai jurutera professional. Seminar ini telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2019 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri, JKR Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Hj.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Zulakmal Bin Haji Sufian, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai  Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 25 April 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya kepada YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya serta YBrs. Ir. Zulakmal bin Haji Sufian, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang baharu telah berlangsung pada 26 April 2019, jam 5.00 petang di Pejabat YB Menteri Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur. Turut menyaksikan penyerahan tersebut adalah YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Melayu

Seminar on Occupational Safety and Health Towards Sustainability Agenda: High-Rise, Complex Structures and Confined Spaces telah berlangsung pada 23 – 24 April 2019 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Seminar dua (2) hari tersebut adalah anjuran Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).

Alt

adminjkr


Melayu

MUAT TURUN BORANG CADANGAN TAJUK PROJEK PENYELIDIKAN DI SINI (LAMPIRAN 1)

 

Selaras dengan visi Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) untuk menjadi sebuah institusi bertaraf dunia dalam penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan, CREaTE dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk mengemukakan cadangan tajuk penyelidikan sebagaimana butiran berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek siap bagi PROJEK PEMBINAAN PADANG BOLA SEPAK TIRUAN (ARTIFICIAL TURF) telah diadakan pada 23 April 2019 (Selasa) bertempat di Padang Bola Sepak Taman Megah pada jam 11.00 pagi.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ir. Zulakmal Bin Sufian ke Gred Utama A sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) mulai 25 April 2019. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 25 April 2019 di tingkat 33, Menara Kerja Raya.

Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan pelantikan YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) mulai 25 April 2019. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Bin Hj. Bakar Ketua Setiausaha Negara pada 25 April 2019.

Alt

adminjkr


Melayu

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama @ JKR 2019 pada 23 April 2019.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman