Melayu

"Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Jabatan Kerja Raya dan rakyat Malaysia yg beragama Hindu. Moga Deepavali 2018 membawa lebih keceriaan, kesejahteraan, kemakmuran & keharmonian untuk kita rakyat Malaysia."

Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. PN. ZAWIDATUL ASMA BINTI GHAZALI, PENGARAH KEJURUTERAAN (PAKAR PENGURUSAN NILAI), CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 November 2018.

Alt

adminjkr


Melayu

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Ir. Ahameed Tarmizi Ramli​ di atas pengurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato' di Balairung Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada hari Ahad, 4 November 2018.

Seluruh warga JKR merasa bangga di atas penganugerahan ini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada YBhg. Dato' Ir. Ahameed Tarmizi Ramli.

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada lima belas (15) orang pegawai JKR di atas pentauliahan mereka sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer (CeIO)), yang telah dianugerahkan melalui Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke 7 pada 1 November 2018, bertempat di Institut Latihan DBKL (IDB), Cheras, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2019 di Negeri Pulau Pinang, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg Dato’ Sri KPKR dengan nombor rujukan (21)dlm.JKR.KPKR: 114.020.070/65 Jld.3 bertarikh 19 Oktober 2018 :

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 19 Oktober 2018, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek Kanan JKR Malaysia 2018 di Dewan Institut Kefahaman Islam Malaysia, Langgak Tunku, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan oleh YBhg. Datin Ar. Mariani Noor Bt. Suhud, Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia dan telah dihadiri oleh 98 orang Arkitek Gred J48 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader.

Di antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita pejabat dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR akan menganjurkan Konvensyen Elektrik JKR Malaysia Tahun 2018 pada 30 hingga 31 Oktober 2018 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Antara pengisian program pada konvensyen ini adalah seperti berikut :

 

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya (JKR) sekali lagi melakar kejayaan gemilang dengan memperoleh  Tempat Pertama dalam "JOHOR MOSQUE ARCHITECTURAL DESIGN IDEA COMPETITION 2018" anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor. Pertandingan terbuka yang disertai firma-firma arkitek seluruh Malaysia membuktikan hasil rekabentuk Arkitek JKR setanding malah dapat menandingi rekabentuk firma arkitek terkemuka di luar. 

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBRS. Ir. ZURAINI BINTI ZAINAL, JURUTERA AWAM PENGUASA telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai PENGARAH JKR NEGERI MELAKA termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

JKR Malaysia sekali lagi melakar kejayaan menerusi Pasukan Sistem Pengurusan Tenaga Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia apabila berjaya memenangi Johan National Energy Award (NEA) 2018 Kategori 1 – Energy Efficiency (Energy Management in Large Building) pada 19 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference (IGEM) 2018.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman