Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TUAN MOHAMED KHIROL AMIN BIN ABDUL RASHID, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENYELARASAN DAN KHIDMAT SOKONGAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 Oktober 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TUAN ROSMAN BIN KAMARUDIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Oktober 2018.
TORONTO, KANADA : Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Mohd Hafis bin Ahmad, kakitangan JKR yang bertugas di Urus Setia Disiplin Awam JKR kerana telah memenangi dua (2) anugerah inovasi melalui produk penyelidikan dan inovasi bertajuk Critical Success Factor of Readiness Towards Change Management in the Malaysian Public Organisation sempena 3rd International Invention Innovation Competition in Canada (iCAN 2018) pada 1 September 2018 yang lepas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah mengeluarkan arahan menjalankan tugas Pengarah Cawangan, Bahagian & JKR Negeri seperti berikut:
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dirujuk kepada Pengarah - pengarah berkenaan, terima kasih.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. MEJAR IR. MOHAMMAD TAJUL URUS BIN TAJUDDIN, PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 September 2018.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBRS. Ir. RAZDWAN BIN KASIM, PENGARAH KHIDMAT PAKAR telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 17 September 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. GOPAL NARIAN KUTTY, PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 September 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. Ir. SHAHRUDDIN BIN SHAHRIL, TIMBALAN KETUA PENGARAH (PERUNDINGAN DAN PERUNDANGAN), JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 September 2018.
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menganjurkan seminar yang bertajuk Seminar On Proactive Maintenance For Designers di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kuala Lumpur pada 4 - 5 September 2018.
Program selama dua (2) hari ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Harjit Singh a/l Inder Singh, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset dan disertai oleh seramai 170 orang terdiri daripada Pasukan Projek (HOPT) dan Pasukan Perekabentuk (HODT) projek-projek JKR .
Seminar On Slope Engineering Malaysia 2018 - Recent Advances In Slope Engineering By Experts In The Field telah berlangsung pada 4 – 5 September 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Seminar dua (2) hari tersebut adalah anjuran bersama Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).