Melayu

22 November 2018 - Sesi ramah mesra dan temubual bersama YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya oleh media sempena sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat JKR 2018 yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Disember 2018.

Temubual telah diadakan di aras 33 Menara Kerja Raya oleh media Astro Awani, Kosmo, Malaysia Gazette, Utusan Malaysia, Harian Metro, Al Hijrah, RTM, Berita Harian dan New Straits Times Press.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) Bagi Projek Kerja-Kerja Penggantian Sistem Penyaman Udara VRF (Variable Refrigerant Flow) Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur telah berlangsung pada hari Khamis, 22 November 2018 di Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. HJ. KAMARUDIN BIN OMAR, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 November 2018.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ir. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid ke Jurutera Mekanikal Gred Utama C dan ditempatkan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli berkuat kuasa 12 November 2018.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Berpusat Serta Lain Lain Peralatan Berkaitan Di Jabatan Kimia Ibu Pejabat, Petaling Jaya, Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 13 November 2018, Selasa bertempat di Auditorium, Aras 1, Bangunan Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya,Selangor.

Alt

adminjkr


Melayu

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YBHG. DATO’ IR. DR. CHE HASSANDI BIN ABDULLAH, PENGARAH KANAN CREaTE di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.) yang membawa gelaran Dato'.

Seluruh warga JKR berbangga di atas penganugerahan ini. Tahniah YBhg. Dato’.

Alt

adminjkr


Melayu

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ir. Muhammad Azman Jamrus di atas pengurnian Pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) daripada Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka dengan membawa gelaran ‘Datuk’.

Seluruh warga JKR merasa bangga di atas penganugerahan ini. Tahniah Datuk Ir. Muhammad Azman Jamrus.

Alt

adminjkr


Melayu

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 - MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam telah dikeluarkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berkuatkuasa pada 12 Julai 2018. PKPA Bil. 4/2018 merupakan panduan kerja sektor awam bagi menggantikan Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang dikeluarkan melalui PKPA Bil.8 dan 11 Tahun 1991.

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya (JKR) mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Marvel yang mewakili Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR kerana telah berjaya menjadi Johan bagi Anugerah Inovasi ICT 2018, anjuran Kementerian Kerja Raya bersempena dengan sambutan Hari Inovasi 2018 dengan tema “Inspirasi Pencetus Inovasi”. Pertandingan ini telah disertai oleh semua agensi di bawah Kementerian Kerja Raya.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Inovasi ICT 2018 :

 

Tempat Pertama: Cawangan Kejuruteraan Elektrik,Jabatan Kerja Raya

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. HALIMATON BINTI CHE WAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENYELARASAN & KHIDMAT SOKONGAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 7 November 2018.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman