Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya di atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka pada hari ini, 13 Oktober 2018 yang membawa gelaran Datuk Seri, sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Gabenor Negeri Melaka Ke-80 pada 12 Oktober 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. HJ. MOHD SABRI BIN MAT DERIS, PENGARAH KEJURUTERAAN (PAKAR PENGURUSAN ASET), BAHAGIAN PERUNDINGAN PENGURUSAN ASET, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 Oktober 2018.
Untuk makluman, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) telah membangunkan Sistem J-Truss yang merupakan sistem permohonan dan kelulusan pembekal kekuda bumbung projek-projek bangunan secara atas talian bagi menggantikan permohonan secara konvensional atau manual.
Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan Seminar JKR BIM DAY 2018 sepertimana ketetapan berikut:
Majlis Penyerahan PROJEKPEJABAT KASTAM KOTA KINABALU, SABAH telah diadakan pada 4 Oktober 2018 (Khamis) bertempat di tapak projek pada jam 3.00 petang.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBhg. Dato' Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia selaku wakil pengguna (end- user) bagi bangunan Pejabat Kastam Kota Kinabalu.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBRS. EN. AZIZAN BIN AB RAHMAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 19 September 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Hari kedua Inovasi JKR Malaysia (HIJ) 2018 yang bertemakan “Leveraging Innovation Towards Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0)” diteruskan dengan Majlis Perasmian dan Penutup yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd. Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Sukacita dimaklumkan bahawa Urus Setia Disiplin Awam, Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Board of Engineers Malaysia (BEM) dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan Seminar onRoute to Professional Engineer (P.E) by Board of Engineers Malaysia (BEM) sepertimana ketetapan berikut:
Hari pertama Inovasi JKR 2018 (HIJ 2018) dimulakan dengan Program Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu.
Program yang diadakan secara tertutup tersebut telah disertai oleh sepuluh (10) kumpulan yang telah melepasi sesi saringan yang diadakan pada 17 – 18 Julai 2018 bertempat di JKR Negeri Melaka.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia di atas pencapaian cemerlang bagi pengiktirafan lima bintang (100%) untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2017 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, berbanding 99.20 pada tahun 2016. Ini merupakan pencapaian tertinggi yang boleh diperoleh sesebuah agensi kerajaan.