Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ir. Hizamul-Din bin Ab. Rahman ke Jurutera Elektrik Gred Utama C dan ditempatkan sebagai Pengarah di Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkuat kuasa 12 September 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. AZHARI BIN SHAHARUDDIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 5 September 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATIN SR. ROSELAWATI BINTI AB. KADIR, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, BAHAGIAN BANGUNAN AM 1, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 September 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. ROSLEE BIN MD SAAD, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI JKR (CREaTE), MELAKA yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 September 2018.
Sukacita dimaklumkan Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan (BPKS), Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama Pusat darah Negara (PDN) dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan di kalangan kakitangan JKR Malaysia pada 4 September 2018, bertempat di Aras Plaza, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR.
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu akan menganjurkan Seminar Proactive Maintainance pada 4 dan 5 September 2018 di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.
Sukacita dimaklumkan bahawa tiga modul baru eLearning yang dibangunkan hasil kerjasama antara Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dengan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) bersama pegawai pakar dalam bidang tertentu kini telah ditawarkan di dalam portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) bersama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) telah menganjurkan seminar yang bertajuk “ Seminar On Challenges in Design and Construction On Soft Ground” di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur pada 15 -16 Ogos 2018.
SEOUL, KOREA : Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Mohd Hafis bin Ahmad, kakitangan JKR yang bertugas di Urus Setia Disiplin Awam JKR kerana telah memenangi 2 anugerah inovasi melalui produk penyelidikan dan inovasi bertajuk “Change Management Readiness Framework for Malaysian Public Organisation” di acara The 5th Korea Creative Invention Contest (CiC 2018), ChungMu Art Hall, Seoul, Korea pada 12hb Ogos 2018 yang lalu.