Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Shahabuddin bin M. Muhayidin, Jurutera Daerah Hulu Langat telah dilantik sebagai Pengarah memangku Gred J54 di JKR Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa 19 Februari 2018.
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Pulau Pinang dengan lebih gemilang.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Hj. Zakaria Bin Semail, Jurutera Awam Penguasa Kanan di Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah memangku Gred J54 di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuatkuasa 19 Februari 2018.
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih gemilang.
Adalah dimaklumkan Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkam Seminar on Traffic Management at Work Zone bertemakan “Meeting Mobility & Safety Needs”. Seminar ini adalah sebagai platform untuk mewujudkan kesedaran di samping perkongsian maklumat dan pengalaman berkaitan Pelan Pengurusan Trafik di kawasan kerja.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBRS. Ar. ZAIRUL AZIDIN BIN BADRI, PENGARAH KANAN CAWANGAN ARKITEK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 09 Februari 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ Ir. HAJI HAMIZAN BIN MOHD INZAN, PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 Februari 2018.
Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai di atas kenaikan pangkat. Semoga dengan perlantikan ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 12 Februari 2018.
Berikut adalah pegawai-pegawai yang terlibat untuk kenaikan pangkat;
Technical Executive Talk Bil. 1/2018 (TExT 1/2018) telah berlangsung pada 6 Februari 2018 bertempat di Dewan Anggerik, Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor. Program yang dianjurkan oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) serta disokong oleh JKR Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Sr RATNA BINTI HJ. MAHYUDDIN, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 09 Februari 2018.
Pada 30 Januari 2018 (Selasa) bertempat di Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE) Alor Gajah, Melaka telah berlangsung Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bagi Projek-Projek Kerajaan. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya (JKR) ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid.
Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Baharu Dengan Perkhidmatan Khas, Sungai Rengit, Pengerang, Johor telah disempurnakan pada hari Isnin, 5 Februari 2018.