Sukacita dimaklumkan bahawa Y.Brs. Tn. Hj. Mohamad Radzi B. Mohd. Yusof, Timbalan Pengarah IV (Senibina) di Seksyen Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah menerima watikah pelantikan KUP JUSA C pada 9 Januari 2018 yang lalu. Dengan itu, setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada beliau.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Rozina bt Sudin, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Negeri Perak yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Februari 2018.
Kementerian Pengajian Tinggi melalui Institut Sultan Iskandar, UTMKL telah menghantar sepuluh (10) orang Pensyarah dari Kolej Komuniti dan Politeknik yang terpilih bagi mengikuti Program Latihan Building Information Modeling (BIM) pada 22 hingga 26 Januari 2018 bertempat di Unit BIM, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Pengiktirafan Antarabangsa Kerja-kerja Konservasi Oleh JKR (Projek Konservasi Dan Pemuliharaan Mural Dewan Bahasa Dan Pustaka) Melalui Artikel Professor Dr. A Ghafar Ahmad, USM Dalam Penerbitan ACCU Nara International Correspondent Vol. 19, Asia-Pacific Cultured Centre for UNESCO (ACCU)
Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 25 Januari 2018, Khamis bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh warga Kementerian dan Agensi-Agensi di bawahnya. YB Dato’ Sri memulakan ucapan dengan mengucapkan setinggi – tinggi terima kasih atas sumbangan semua warga kerja dalam melaksanakan tugas dan menyumbang kepada kejayaan kementerian dan agensi sepanjang tahun 2017.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Mohamed Amin Bin Kasim, Jurutera Awam Penguasa Kanan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 23 Januari 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Majlis menghargai jasa bakti YBhg. Sr Ratna binti Haji Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Hamizan bin Mohd Inzan, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan telah diadakan pada 24 Januari 2018, jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya, diiringi oleh YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr.
Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya telah berlangsung pada 24 Januari 2018 (Rabu) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan dihadiri oleh Pegawai Pengurusan Atasan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman (TKPKR Sektor Infra), YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid (TKPKR Sektor Bangunan), YBrs.
Majlis penyerahan Projek Tender Semula untuk Kerja-kerja Pembinaan Balai Polis Country Homes, Rawang, Selangor telah diadakan pada 19 Januari 2018 (Jumaat) di perkarangan Balai Polis Bandar Country Homes. Projek ini berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara 3 in 1 iaitu : 1. Certificate Practical Completion (CPC) 2. As-Built Drawing dan Operation Manual & Maintenance (OMM) 3. Statement of Final Account (SOFA)
Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bagi Projek-Projek Kerajaan akan diadakan pada 30 Januari 2018 (Selasa) bertempat di Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE) Alor Gajah, Melaka bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh pegawai – pegawai daripada semua kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan.