Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Hj. Kamarul Bahrin Bin Mohamad, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Januari 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Pn. Nor Fadzilah Binti Ashaari, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 Januari 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Tajuddin bin Harun, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Januari 2018.
Pada 21 Disember 2017, Unit Building Information Modelling (BIM) Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menerima kunjungan delegasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang diketuai oleh Sr Dr. Zainal bin A Majeed, Pengarah JUPEM Selangor. Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Encik Mohd Rahim bin Hj Kawangit amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk memulakan program dengan ucapan kata aluan.
Majlis Penyerahan Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Bangunan Parlimen Malaysia (Fasa 2B) telah sempurnakan pada hari Rabu, 20 Disember 2017 di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Kamaluddin bin Hj. Abd Rashid kepada wakil Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman selaku Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Unit Building Information Modeling (BIM), telah menerbitkan beberapa buah dokumen rujukan BIM untuk digunapakai dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan BIM bagi projek-projek di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Artikel bertajuk PWD’s I.T. expertise good for TN50 oleh Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin telah diterbitkan dalam akhbar New Straits Times bertarikh 9 Disember 2017.
Untuk makluman Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah membangunkan Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat (eSPFB) bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat dan menyemak aduan penyenggaraan premis. Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan kakitangan awam, orang awam atau sesiapa sahaja yang berurusan di premis yang berdaftar dengan Sistem eSPFB tersebut.
Antara senarai premis yang berdaftar dalam eSPFB seperti berikut;
Bapa kepada YBrs. Ir. Muhammad Azman Bin Jamrus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, 11 Disember 2017 jam 5.50 pagi.
Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan salam takziah kepada YBrs. Ir. Muhammad Azman Bin Jamrus dan keluarga serta sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.