Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Tenaga MS ISO 50001 : 2011 telah berlangsung pada 12-13 Mac 2018 di Kompleks Ibu Pejabat JKR Blok A, B, C, D, E dan F oleh pihak SIRIM QAS Sdn. Bhd.
Sukacita dimaklumkan, pihak SIRIM QAS telah mengesyorkan dan mengiktiraf Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga yang mematuhi standard MS ISO 50001 :2011 untuk tempoh 3 tahun lagi berakhir tahun 2021.
Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang dilaksanakan di Ibu Pejabat JKR Malaysia yang melibatkan keempat-empat sistem berikut:
Pada 13 Mac 2018, Wakil Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Board) Rumah Pangsa Taman Salak Selatan selaku pelanggan telah hadir ke Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi menyerahkan sijil penghargaan di atas kejayaan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR menyiapkan projek dalam tempoh dan kualiti yang telah ditetapkan.
Seminar on Traffic Management at Work Zone – Meeting Mobility & Safety Needs telah berlangsung pada 6 – 7 Mac 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Seminar dua (2) hari tersebut adalah anjuran bersama Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia Tahun 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 2 - 3 Oktober 2018, Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) akan dipertandingkan selain daripada Anugerah Inovasi JKR.
Program Konvensyen KIK JKR Tahun 2018 bertujuan menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di JKR akan diadakan bermula pada tarikh iklan ini dikeluarkan seperti butiran berikut;
Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya sedang menjalankan urusan pemangkuan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 - 40) bagi jawatan seperti berikut;
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. KAMAR BIN KASSIM, TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN PROJEK, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 5 Mac 2018.