Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS di Semenanjung Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 2 Mac 2018 jam 09.00 pagi di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. ABU BAKAR BIN MOHAMED SAID, TIMBALAN PENGARAH JKR NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Mac 2018.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor yang dilantik bagi Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penggantian Sistem Penyaman Udara dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Hospital Serdang, Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 28 Februari 2018 bertempat di Blok G, Menara KKR. Penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak ini merupakan salah satu inisiatif yang telah digariskan dalam penambahbaikan pelaksanaan projek bagi memastikan JKR dapat memainkan peranan yang lebih berkesan.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) akan menganjurkan Seminar on Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) Project: Knowledge Sharing. Seminar ini adalah sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada staf JKR mempelajari teknologi baru berkaitan projek MRT. Selain itu, seminar ini dianjurkan bagi berkongsi faktor kejayaan pelaksanaan projek tersebut.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah Industrialised Building System (IBS) di Negeri Sabah dan Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Bagi Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya pada hari Isnin, 26 Februari 2018 di SK Limputung, Papar, Sabah.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS di Negeri Sarawak telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 23 Februari 2018 jam 09.00 pagi di tapak projek.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohamad Shukor Bin Che Malek, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jalan Utara, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan, Cawangan Jalan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 23 Februari 2018 – 23 Mac 2018.

Alt

adminjkr


Melayu

Unit Building Information Modeling (BIM) Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menganjurkan program Taklimat Pelaksanaan Building Information Modeling (BIM) dalam Fasa Rekabentuk’ pada 22 Februari 2018 di Bilik Latihan Bixa Tingkat 18 Menara PJD Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Sheikh Ismail Bin Sheikh Salleh, Jurutera Awam Penguasa Kanan di Bahagian Pengurusan Perubahan Dan Prestasi, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 Februari 2018.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah mengeluarkan arahan menjalankan tugas Pengarah Bahagian dan JKR Negeri seperti berikut:



Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dirujuk kepada Pengarah - pengarah berkenaan, terima kasih

Alt

adminjkr


Halaman-halaman