Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr Abd Shukor bin Ibrahim, Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan I, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 19 Jun 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ar. Hj. Mohd Annuar bin Dato' Hj. Ngah, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 17 Jun 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Sistem GSOIL adalah sistem penggiliran lantikan kontraktor siasatan tapak secara atas talian bagi perolehan secara lantikan terus. Sistem ini telah dibangunkan oleh Cawangan Kejuruteraan Geoteknik dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, CDPK, IPJKR, bagi memenuhi syarat kelulusan khas Kementerian Kewangan ruj: S/K.KEW/PK/MOF/D/29 JLD. 5 SK 4 (8) bertarikh 20 November 2015 dan Surat Arahan KPKR Bil. 5/2016.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Abdul Muhaimin Bin Mahmud, Jurutera Elektrik Kanan (J48) kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor Of Philosophy " pada 21 April 2017 oleh LOUGHBOROUGH UNIVERSITY, UNITED KINGDOM. Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk “A POST- INSTALLATION ANALYSIS OF SOLAR PV – DIESEL HYBRID SYSTEMS FOR SCHOOL ELECTRIFICATION IN SABAH, MALAYSIA’
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. En. Abdul Rahman bin Ambari, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang telah bersara pilihan dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Jun 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.