Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi saringan KIK JKR 2017 telah diadakan pada 26 – 27 Julai 2017, bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak, Kuantan, Pahang.

Berikut adalah senarai kumpulan yang layak ke Konvensyen KIK JKR 2017 yang akan diadakan di CREaTE sempena Hari Inovasi JKR 2017 pada 2 – 3 Oktober 2017 :

Alt

adminjkr


Melayu

Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2017 kali ke-4 telah melabuhkan tirainya pada 6 Ogos 2017 yang lalu. Karnival sukan yang merupakan acara dwi tahunan Jabatan berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 4 hingga 6 Ogos 2017 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah mengeluarkan arahan menjalankan tugas Pengarah Cawangan seperti berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

Kick off meeting bagi Penyemakan Semula Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti (PTPI) JKR Tahun 2018-2020 di antara YBhg. Dato' Sri KPKR, Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha bersama Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff telah diadakan pada 3 Ogos 2017.

Ini bagi langkah permulaan membangunkan PTPI JKR 2018-2020 bagi menggantikan PTPI JKR 2016-2017. Bengkel ini akan diadakan di Institut Integriti Malaysia pada 9-10 Ogos 2017 dengan dihadiri oleh SEMUA Pegawai Integriti Cawangan & JKR Negeri.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah mengeluarkan arahan menjalankan tugas Pengarah Bahagian seperti berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha berbesar hati mengadakan perjumpaan bersama Kontinjen Sukan JKR HQ pada 3 Ogos 2017 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Berlian bagi menyampaikan amanat dan kata-kata semangat sempena Kejohanan Karnival Sukan JKR SeMALAYSIA 2017 yang akan berlangsung pada 4 - 6 Ogos 2017 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Pengarah CDPK, pegawai-pegawai kanan JKR dan para peserta kontinjen.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Tuan Hj. Ghazali bin Md. Noor, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 3 Ogos 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Zainal Abidin bin Saidun, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 2 Ogos 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat bagi meraikan warga JKR yang akan menunaikan Ibadah Haji Tahun 2017 telah diadakan pada 28 Julai 2016 (Jumaat) jam 8.30 pagi di Surau Aras 3, Menara Kerja Raya. Majlis dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman, TKPKR (Sektor Infra), YBrs. Sr. Ratna binti Haji Mahyuddin, TKPKR (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Pengarah CDPK dan barisan pegawai - pegawai kanan serta kakitangan JKR.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Bangunan Empat (4) Tingkat di tapak JKR 3274-1 dan JKR 3274-2, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah diadakan pada 17 Julai 2017.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman