Sesi Memeterai Memorandum of Agreement (MoA) Antara Kerajaan dan Syarikat Utiliti bagi Kerja Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) antara Kerajaan Malaysia dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 26 April 2024 (Jumaat) dan bertempat di Bilik Cempaka, Kompleks Kementerian Kerja Raya.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah berkenan mengurniakan kepada Ir. Jasmi Bin Wahab Pengurniaan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu iaitu Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) Yang Amat Dihormati sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Terengganu .
Pengurniaan ini membawa gelaran atau panggilan Dato’ manakala isteri membawa gelaran To’ Puan.
Pada 23 hingga 25 April 2024, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan (JKK) Premis Blok A-F Ibu Pejabat JKR (IPJKR) Malaysia telah berjaya menganjurkan satu Program Latihan Evacuation Drill & Basic Life Support bagi Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Premis Blok A-F Ibu Pejabat JKR Malaysia bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertempat di Dewan Seminar, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) bersara wajib pada 27 April 2024. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATUK Sr AMRAN BIN HJ MAJID yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 27 April 2024.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), bagi Projek Pembinaan Kem 5 Briged Dan Kem 19 Ramd di Kem Paradise Kota Belud, Sabah (Reka Bina) telah berlangsung pada hari Rabu, 24 April 2024 di Dewan Emerald, Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia, Tingkat 18, Maju Tower, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan iaitu Ir. Maria Binti Marcus.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Mohammad Sharip bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia akan meghadiri Kursus Advance Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 80 Bil. 2/2024 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 26 April 2024 sehingga 24 Mei 2024. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Yang Menjalankan Tugas Ketua Pengarah Kerja Raya akan menghadiri Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri Kerja Raya ke Jepun pada 24 April 2024 hingga 26 April 2024. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk Sr. Amran bin Hj. Mohd Majid akan menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya di samping menjalankan tugas hakiki YBhg. Datuk Sr. Amran bin Hj.
EMBARK ON A NEW CHAPTER OF EXCELLENCE: THE MALAYSIAN CONSTRUCTION INDUSTRY EXCELLENCE AWARDS (MCIEA) IS BACK!
MCIEA 2024 stands as a beacon of excellence, ready to showcase the remarkable achievements of individuals and organizations that have led the way in innovation, quality, sustainability, and contribution to the Malaysian construction industry.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Haji Lokman bin Nasir, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor bersara wajib pada 20 April 2024. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria akan menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria berkuatkuasa mulai 22 April 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.