4 April 2024 - Bertempat ditingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsung Majlis Penyerahan Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa, Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan Surat Setuju Terima (SST) Perunding Sivil dan Struktur. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan.
Sebanyak tiga (3) Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) telah dilaksanakan seperti berikut:
Pada tahun 2023, Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Raya telah mencapai 96.3% yang melebihi sasaran KPI Jabatan 80% berdasarkan Pelan Strategik JKR, Tema 2: Pengalaman Ko-Kreatif Bersama Pelanggan.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. SAMSURI BIN MASLAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 April 2024.
Segala Puji Bagi Allah SWT, saban tahun sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, Majlis Ihya’ Ramadhan Al-Mubarak Jabatan Kerja Raya ini telah diadakan pada 27 Mac 2024 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya sedang menjalankan urusan pemangkuan bagi Kumpulan Pelaksana Gred 11 – 40.
Jawatan kekosongan dan salinan iklan pengisian jawatan pemangkuan adalah seperti berikut:-
Pada tanggal 13 Mac 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Tingkat 14, Menara PJD Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan penyerahan rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) iaitu PROJEK MENAIK TARAF MARKAS SMART, PULAU MERANTI, SELANGOR.
21 Mac 2024 - Satu Lawatan Penanda Aras daripada Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke Menara Kerja Raya (Blok G), JKR Malaysia berkaitan penerapan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di dalam perolehan kerja. Lawatan kerja ini telah dihadiri seramai enam (6) pegawai JKKP yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan, Ir. Dr. Nor Halim bin Hasan.
Semua pihak dinasihatkan untuk tidak memberi maklum balas terhadap sebarang hantaran melalui akaun tersebut. Pengemaskinian akhir di akaun rasmi Facebook JKR Malaysia adalah pada 24 Mac 2024 jam 3.30 petang.
SUMBER RASMI : JKR MALAYSIA 26 MAC 2024 - 9.00 PAGI
Kuala Lumpur, Isnin – Pada 25 Mac 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan bagi Kerja-Kerja Penggantian Cermin Bangunan Di Blok B Kompleks Kerja Raya. Majlis Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di Bilik Melati, Blok B, Kompleks Kerja Raya.