Pembentangan kertas kerja yang bertajuk ‘ROAD SAFETY ENGINEERING DEFICIENCY IN ROAD ACCIDENT AREA: AN INSIGHT’ telah dibentangkan di ‘Asia Australasia Road Conference: Advanced Technology Implementation Towards Sustainable Road Development’ sempena Road Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA) 50th di Labuan Bajo, Indonesia pada 24 – 27 Ogos 2023.
Pembentangan ini telah disampaikan oleh Jurutera Awam Kanan, Ir. Eliyani Yazreen Bt A Rani dari Cawangan Jalan di mana persidangan ini telah disertai oleh peserta dari pelbagai negara.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), bagi Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Wisma Laskar Di PTKK, Sabah telah berlangsung pada hari Khamis, 22 September 2023 di Dewan Emerald, Tingkat 18, Maju Tower Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan iaitu Ir. Maria Binti Marcus. Turut hadir bersama, Pn. Norazah binti Zainal,selaku Timbalan Setiausaha Bahagian (Perancangan), Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef).
Sekalung Tahniah YBhg. Dato’ Sr Zulkipeli bin Yamat, Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan atas pengurniaan DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (D.P.S.K) yang membawa gelaran DATO’ sempena ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-54 (TAHUN 2023).
Jumaat, 22 September 2023 - Pada jumaat lalu telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan yang melibatkan Axle Load, Sempit dan Uzur di FT001/286/80 Sg. Layang, Negeri Sembilan yang telah diadakan di tapak projek Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan.
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya kerana telah disenarai pendek untuk calon Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2022 bagi Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Awam. Anugerah ini memberi pengiktirafan tertinggi kepada individu yang menyandang jawatan tertinggi dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat organisasi, negara mahupun antarabangsa.
ISNIN, 25 SEPTEMBER 2023 - Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, Icu dan Wad Tambahan Hospital Kuala Lumpur yang telah berlangsung di Perkarangan Bangunan Institut Urologi & Nefrologi (Blok B), Hospital Kuala Lumpur pada 25 September 2023 jam 10.00 pagi.
Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Masjid Kampung Gajah Mati, Jerantut, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 21 September 2023 bertempat di tapak projek masjid tersebut iaitu di Kampung Gajah Mati, Jerantut, Pahang.
Majlis penyerahan projek Menaiktaraf Bangunan dan Kemudahan Asas di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan pada 22 September 2023 bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN.
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) buat julung kalinya telah mengadakan International Seminar on Forensic Engineering 2023 (ISoF2023) pada 5 dan 6 September 2023 dan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. ISoF2023 ini diadakan bertujuan untuk membudayakan ilmu dalam kalangan warga JKR sekali gus berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kejuruteraan forensik melibatkan kesemua disiplin kejuruteraan.
Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah berjaya menganjurkan Sambutan Karnival Kesihatan Peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia Tahun 2023 pada 14 September 2023 (Khamis) bertempat di Aras Plaza, Blok G pada jam 930 pagi sehingga 1 petang.