Kuala Lipis, 28 Oktober 2023. Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan (Jabatan Pendidikan Pahang) bagi Projek Pembinaan Bangunan Gantian 1 Blok Asrama & Kemudahan Lain untuk untuk 100 Pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis,Pahang Darul Makmur telah diadakan pada 28 Oktober 2023 yang lalu.
Majlis Penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masjid Taman Bukit Belimbing Dalam Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan telah diadakan pada 26 Oktober 2023 (Khamis) yang telah disempurnakan YBrs. Tuan Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir, Pengarah JKR Selangor kepada YBrs. Encik Mohd Faizal Bin Abdul Raji, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tetamu kehormat adalah YBhg Dato’ Hj Rosli Bin Othman, Orang Besar Daerah Hulu Langat.
Kuantan, 26 Oktober 2023. Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor (Forum Berkat Sdn. Bhd.) bagi Projek Kerja-Kerja Naiktaraf Blok JKR 54 Dan JKR 263, RKAT Kelas G, 2 Unit Kepada 1 Unit, Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang telah berlangsung di Pejabat JKR Negeri Pahang.
Majlis Anugerah Autodesk-JKR ASEAN Innovation & BIM Awards 2023 anjuran bersama Autodesk dan JKR telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Oktober 2023 di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur. Program yang mengumpulkan seramai 250 orang para penggiat industri pembinaan dan pegawai JKR ini dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Penilaian akhir Anugerah BIM JKR 2023 telah diadakan pada 24 Oktober 2023 di Menara Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi menentukan para pemenang yang akan menerima anugerah semasa JKR BIM Day 2023 yang dijadualkan pada 25 Oktober 2023. Anugerah yang diperkenalkan pada tahun 2021 ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan untuk mengiktiraf kepakaran, pengetahuan dan kemahiran para pegawai JKR, pemain industri dan warga akademik dalam bidang Building Information Modelling (BIM).
Program JKR BIM Day anjuran bersama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan Pertubuhan BIM Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Oktober 2023 di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur. Program yang bertemakan “Transforming Digital Construction with Emerging Technologies” ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ybhg. Dato’ Ir Roslan bin Ismail, Pengarah Kanan CPAB dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir Ahmad Redza bin Ghulam Rasool.
18-19 Oktober 2023 - Bengkel Rekabentuk Struktur Pratuang Dan Struktur Asas Cerucuk Bersama dengan Pasukan Rekabentuk Persekutuan JKR Negeri telah berlangsung dengan jayanya pada 18 - 19 Oktober 2023 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan. Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ir. Noreha Binti Nordin, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), Ibu pejabat JKR Malaysia.
Syukur Alhamdulillah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menerima dua (2) anugerah sempena Majlis Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara, anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (MNKKP), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia pada 25 Oktober 2023 (Rabu).
17 Oktober 2023 jam 9.00 pagi telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ir Shukri bin Ishak, Pengarah CKK bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JKR Kelantan iaitu YBrs. Ir. Mohd Suhaili Bin Ismail serta Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan iaitu YBrs. En. Mohd Saiful Bin Mohd Zain yang mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cameron Highlands, 18 Oktober 2023. Satu Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan (Jabatan Perhutanan Negeri Pahang) bagi Projek Membina Dan Menyiapkan Satu (1) Blok Kuarters Kelas ‘F’ & ‘G’ (4 Pintu) untuk Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur telah berlangsung di tapak projek tersebut.