Melayu

Pada 18 September 2023, satu sesi perjumpaan antara Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK) bersama YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah berlangsung di Ibu Pejabat JKR Malaysia. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) dan juga wakil – wakil bahagian di CDPK.

Alt

adminjkr


Melayu

JKR Malaysia telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Majlis Pelancaran Sambutan Wellness Month Dan Perasmian Penutupan Program Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi Tapak Bina JKR Malaysia Tahun 2023 pada 15 September 2023 (Jumaat) di Tapak Projek Meroboh dan Membina Semula Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. Bersempena dengan itu, satu pelancaran dan perasmian penutupan telah diadakan dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak secara 2 Dalam 1 dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi cadangan PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU BACHOK, KELANTAN telah diadakan pada 14 September 2023 (Khamis) di Aras Mazzanine (Blok G) Menara KKR, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

sst mahkamah bachok kelantan

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Pecah Tanah bagi projek Pembinaan Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Keningau – Fasa 3 (Reka Dan Bina) telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 13 September 2023 di tapak projek. Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Alt

adminjkr


Melayu

3 September 2023 – Berlangsung Persidangan Digital Sektor Awam (PDSA) 2023 bertemakan ‘Pendigitalan Perkhidmatan Awam : Nadi Kesejahteraan Negara’ bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

PDiSA 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima Anugerah Kecemerlangan Penggunaan Persidangan Video MygovUC 2.0 bagi Penghargaan Inisiatif Pendigitalan dan Anugerah KWAICT sempena PDiSA 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyerahkan watikah pemangkuan Jurutera Awam Gred Turus III kepada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) berkuatkuasa 2 Mac 2023 setelah menerima kenaikan pangkat ke Gred Utama A mulai 1 Mac 2023 daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 27 Julai 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Penyelidikan dari Makmal Penyelidikan Jalan (MPJ) CREaTE.

 

Kertas kerja yang bertajuk ‘Latex Emulsion Crack Sealant As An Alternative Repair Material For Road Pavement: A Case Study In Malaysia’ telah dibentangkan di ‘Asia Australasia Road Conference: Advanced Technology Implementation Towards Sustainable Road Development’ di Labuan Bajo, Indonesia pada 24 – 27 Ogos 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters 2F/2G, Padang Besar, Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 5 September 2023 (Selasa) bertempat di Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis.

Alt

adminjkr


Melayu

Satu Sesi Kunjungan Hormat dan Libat Urus JKR Malaysia bersama JKR Sabah dan JKR Sarawak telah diadakan pada 12 September 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Kinabalu JKR Sabah.  Sesi Libat Urus yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah disambut mesra oleh oleh Tuan Philemon Lajawai, Timbalan Pengarah (Sektor Bangunan).  Turut menyambut bersama adalah Ir. Ts Dr Cassidy Anak Morris, Timbalan Pengarah Infrastruktur dari JKR Sarawak. 

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 5 September 2023 yang lalu bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah diberi penghargaan untuk menyampaikan Ucaptama bagi Project Management Conference 2023 (PROMAC 2023) yang dianjurkan oleh Institution of Engineers, Malaysia (IEM).

Alt

adminjkr


Halaman-halaman