Melayu

Program 5th JKR Research Colloquium (JKRRC) 2023 telah berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 8 Ogos 2023 (Selasa) hingga 9 Ogos 2023 (Rabu) dengan jayanya. JKRRC adalah satu pentas yang diwujudkan khas untuk para penyelidik JKR, daripada pelbagai disiplin kejuruteraan, arkitek dan ukur bahan, membentangkan hasil penyelidikan yang telah mereka jalankan.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan Universiti Malaya (UM) telah diadakan pada 15 Ogos 2023 di Universiti Malaya. Memorandum yang telah dirangka bersama oleh Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS), JKR dan Fakulti Kejuruteraan, UM ini telah dimeterai oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia mewakili Kerajaan Malaysia dan YBhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi bin Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya mewakili Universiti Malaya.

Alt

adminjkr


Melayu

14 Ogos 2023 – JKR Malaysia telah menerima kunjungan delegasi Universiti Sains Malaysia, diketuai Dekan School of Housing Building and Planning, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rodzi Ismail dan Hanyang University, Korea diketuai oleh Research Professor Dr. Eonyong Kim. Program yang dianjurkan oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu ini turut dihadiri oleh wakil daripada Cawangan Arkitek dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Alt

adminjkr


Melayu

Menara Kerja Raya (Blok G) sebagai Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menyertai Anugerah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) untuk kategori Perkhidmatan Awam dan Badan Berkanun. Anugerah ini terbahagi kepada 2 peringkat, iaitu penilaian peringkat pertama yang dinilai oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah pada 30 Mac 2023 yang lalu manakala penilaian peringkat kedua (akhir) telah dinilai hari ini oleh Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di Putrajaya.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya telah membangunkan aplikasi Pengenalpastian Kompetensi (Competency Identification, CI) bagi mengukur tahap kompetensi yang dimiliki oleh pegawai berbanding kompetensi jawatan. Hasil daripada penilaian ini, profil kompetensi sumber manusia di JKR akan diperolehi untuk pengurusan sumber manusia.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN MASJID BANDAR TEKNOLOGI KAJANG DALAM DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN telah berlangsung pada 10 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Solat, Masjid Bandar Teknologi Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 10 Ogos 2023 (Khamis), telah berlangsung Pelancaran Sistem Pendaftaran dan Pelupusan Rekod (SPPR) Cawangan Kerja Keselamatan di Dewan Emerald, CKS Maju Tower. Sistem tersebut telah dilancarkan oleh YBrs. Ir Maria binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan di dalam Majlis Bersama Pengarah Bil. 2/2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. MUHAMMAD KHAZANI BIN ABDUL RAHMAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 OGOS 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dengan kerjasama ProJKRM Sdn. Bhd. akan menganjurkan SEMINAR HAMMER YOUR CLAIM (HYC 2023) seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh:

27 September 2023 (Rabu)

Alt

adminjkr


Melayu

Tahniah diucapkan di atas pelantikan YBrs. Ir. Ts. Mohamad Fazrin bin Mohamad Fauzi, Jurutera Awam, Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat sebagai Panel Penasihat Program Diploma Kejuruteraqan Awam (DKA), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim Kedah untuk tempoh dua (2) tahun mulai 14 November 2022 sehingga 14 November 2024.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman