Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek IBU PEJABAT JBPM KUALA LUMPUR telah diadakan pada 6 Oktober 2023 (Jumaat) di Dewan Emerald, Tingkat 18, Cawangan Kerja Keselamatan, Maju Tower, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan Persekutuan FT64 Jalan Benta-Jerantut-Maran (Fasa 1 Segmen 7) telah selamat disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya pada 05 Oktober 2023 dan turut disaksikan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli bin Haji Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) serta YBhg.

Alt

adminjkr


Melayu

19 September 2023 - Majlis Perasmian Hari Safety & Health, Environment and Quality (SHEQ) 2023 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi,, Menteri Kerja Raya. Majlis ini turut dihadiri bersama YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya serta Datuk Sr. Amran Haji Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

7 Oktober 2023 – Projek Jambatan Bagan Datuk telah dimasyurkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, pada hari ini.  Jambatan Bagan Datuk kini dikenali sebagai Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK MENAIK TARAF DAN PEMBAIKAN DEWAN SERBAGUNA DAN AKSES UTAMA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUS INTAN BUKIT KIARA telah diadakan pada 2 Oktober 2023 (Isnin) di Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

bicara teknikal

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengadakan bicara teknikal secara atas talian yang bertajuk "3D Concrete Printing: A Potential Solution To Boost Productivity In Concrete Construction" sepertimana ketetapan berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

Kejohanan Petanque Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 23 September 2023 bertempat di Arena Petanque, Majlis Perbandaran Kuala Selangor merupakan kerjasama Jawatankuasa Aktiviti Sukan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dengan Persatuan Petanque Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor (PPD).

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia menghadiri program 27th World Road Congress di Prague, Republik Czech bermula 29 September 2023 sehingga 10 Oktober 2023.

Sehubungan itu, YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) akan menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia disamping melaksanakan tugas-tugas hakiki beliau sepanjang tempoh tersebut.

Alt

adminjkr


Melayu

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan mengadakan Seminar Kelestarian 2023 yang akan membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi lestari daripada perekacipta/penyelidik Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak agensi lain dan pemain industri. Seminar Kelestarian 2023 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

Pada hari ini, 2 Oktober 2023 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Jambatan Sejagop yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli Bin Haji Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) selaku Pengarah Projek kepada YBrs. Encik Izamael Zamzuri Bin Ismail, Setiausaha Bahagian Pembangunan & Penswastaan, selaku wakil Kementerian Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman