Majlis Penyerahan Cadangan Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia Fasa 2C(II) – Bahagian Blok Dewan Persidangan telah diadakan pada 6 Januari 2023 (Jumaat) bertempat di Blok Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.
Seluruh Warga Kerja JKR Malaysia mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah atas pelantikan YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuatkuasa pada 5 Januari 2023.
Semoga YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang dalam memenuhi matlamat dan fungsi Jabatan Kerja Raya.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN FAIZAH BINTI IBRAHIM, ARKITEK PENGUASA KANAN, CAWANGAN ALAM SEKITAR DAN KECEKAPAN TENAGA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 JANUARI 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek bertempat di Cawangan Bangunan/Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 7 Julai 1998.Beliau telah berkhidmat lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Izwandy bin Redzuan telah kembali ke Rahmatullah pada 03 Januari 2023 (Selasa). Dimaklumkan juga, jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar hari ini, 04 Januari 2023 (Rabu) di Tanah Perkuburan Sg. Gelugor Pulau Pinang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.
Join JKR and Trimble Solutions at 2023 JKR & Trimble IBS and BIM Showcase on 12 January 2023 as we share the importance, adoption and updates on BIM and IBS.
Pada 28 Disember 2022 (Rabu) Menteri Kerja Raya YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI dan Timbalan Menteri Kerja Raya YB DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD telah berkunjung ke Jabatan Kerja Raya di Menara Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Pengenalan Organisasi Bersama Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Kerja Raya.