Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. ZAINUDDIN BIN HUSSAIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 Disember 2022.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Pembinaan Dua Unit Kuarters Berkembar Dua Tingkat Kelas E, Jabatan Meteorologi Malaysia Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Meteorologi Negeri Sembilan.
Majlis penyerahan Projek Pembaikan Padang Hoki Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Stadium Hoki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Lembah Pantai, Kuala Lumpur telah diadakan pada 20 Disember 2022 (Selasa) bertempat di Stadium Hoki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
MAKLUMAN PEMBAHARUAN SKIM AKREDITASI MAKMAL MALAYSIA (SAMM) BAGI CREaTE DARI JABATAN STANDARD MALAYSIA
Satu audit Re-Assessment MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah dilaksanakan untuk memperbaharui Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bagi makmal-makmal di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah diadakan pada 14 Disember 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis bermula jam 9.30 pagi dan dihadiri semua ketua bahagian dan warga CDPK.
Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik selama 45 minit sebagai pengisian di awal majlis. Seterusnya sesi taklimat Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) disampaikan oleh Ketua Bahagian Integriti, Encik Nizam bin Din.
Majlis Penyerahan Projek Siap Kepada Pelanggan Bagi Pembinaan Sekolah Baharu 24 Bilik Darjah, (200) Pelajar Asrama, (24 Unit) Rumah Guru Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Kebangsaan Sri Simalajau, Bintulu, Sarawak telah diadakan pada 15 Disember 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat SK Sri Simalajau, Batu 33, Jalan Bintulu-Miri, 97000 Bintulu, Sarawak.
BERLANGSUNG DI TAPAK PROJEK PERDA-TECH, SEBERANG PERAI SELATAN
15 HB DISEMBER 2022 (KHAMIS)
Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan Limpah Kurnia Dan Izin-Nya, Majlis Penyerahan PROJEK PEMBINAAN BLOK PENGAJIAN DI PERDA-TECH, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya pada 15hb. Disember 2022, bertempat di tapak projek ini.
Satu sesi Libat Urus Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) telah diadakan pada hari ini di Bilik Gerakan Tingkat 15 JUPEM Malaysia. Kunjungan hormat daripada Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan JKR yang diketuai oleh Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah CKIP, telah disambut mesra oleh Timbalan Ketua Pengarah JUPEM,Sr Wan Darani bin Ab Rahman dan pengarah-pengarah Ukur Bahagian.