ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Ir. Zulkipli bin Haji Nasri, Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, Ibu Pejabat JKR Malaysia, memangku Gred Utama B secara Khas Untuk Penyandang (KUP) pada 07 Februari 2023.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIKABDUL HALIM BIN MAT DAUD yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 FEBRUARI 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam J3 bertempat di Jabatan Kerja Raya Kemaman, Terengganu pada 3 Jun 1996. Beliau telah berkhidmat lebih 26 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi Median Night Reflector Post yang direka cipta oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kerian, Perak bersama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Reka Bentuk Perindustrian (ID) pada 08 Disember 2022 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat bagi pegawai di Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) seperti berikut:
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah bersetuju meluluskan pemangkuan bagi pegawai di Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) seperti berikut:
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir.ALIAS BIN MOHD ZIN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 27 JANUARI 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik bertempat di Jurutera Daerah Hulu Terengganu pada 1 Oktober 1986. Beliau telah berkhidmat lebih 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi pelaksanaan Cadangan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid Untuk 134 Buah Sekolah Luar Bandar Negeri Sarawak-Pakej 8 telah diadakan pada 31 Januari 2023 (Selasa) bertempat di Dewan Terbuka, Pusat Tenaga Hijau, SK Ulu Machan, Kanowit, Sarawak pada jam 5.00 petang. Projek telah berjaya disiapkan mengikut Tarikh Siap Lanjutan yang ditetapkan.
Dengan usaha dan komitmen yang tinggi oleh semua pihak yang terlibat, Projek ini turut berjaya disiapkan secara 5 dalam 1 iaitu:
Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa pegawai JKR yang berkelayakan untuk memasuki laluan ini bagi sesi 2023 dan menjadi Pegawai SMEJKRMalaysia bagi bidang-bidang kepakarandan tahap berikut :