Ucapan syabas dan tahniah kepada pegawai JKR yang telah menyumbangkan perkongsian ilmu berkaitan dengan kepakaran dalam bidang pengurusan projek. Platform atau medium persidangan tersebut pastinya menjadi wadah yang bernas dalam merekayasa penambahbaikan mutu perkhidmatan dan memberi nilai tambah yang tinggi kepada pengetahuan baru. Penglibatan warga JKR dalam persidangan-persidangan luar adalah sebahagian daripada strategik organisasi ke arah memantapkan keberhasilan dan penyampaian industi pembinaan di negara ini.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Pembinaan NAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI SEKITAR KOMPLEKS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL (KSNBJ), KUALA LUMPUR telah diadakan pada 5 Disember 2022 (Isnin) bertempat di Bilik VIP, Axiata Arena, Aras 3, Bukit Jalil, 57000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Taman Impian Indah (Paragon Heights), Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah diadakan pada 7 Disember 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 19, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) untuk mengikuti Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa sesi 2023/2024.
Sehubungan dengan itu, pegawai daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan yang berminat dan layak perlu mendaftar dengan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) untuk pengajian seperti berikut:
Setinggi tahniah diucapkan di atas kejayaan pasukan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Karom Makswip 2022.
Kejohanan ini telah diadakan pada 10 & 11 Disember 2022, bertempat di Ruang Legar Makswip, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya.
JKR Malaysia melalui Kelab Sukan & Kebajikan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (KSKCDPK) telah menghantar dua pasukan, JKR HQ A dan JKR HQ B untuk menyertai kejohanan ini.
Satu pembentangan kertas kerja penyelidikan kolaborasi antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan Universiti Malaya (UM) bertajuk “Electronic Energy Benchmarking System (e-EBS) as Sustainability Tool for Public Buildings in Malaysia” telah dibuat di persidangan International Conference of Sustainable Renewable & Energy Efficiency 2022 di Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor pada 7 November 2022.
Satu kertas kerja penyelidikan kolaborasi antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bertajuk “DEVELOPMENT OF AN ARDUINO DATA ACQUISITION SYSTEM FOR CONDITION-BASED MONITORING” telah berjaya diterbitkan di dalam prosiding 28th International Congress on Sound and Vibration (ICSV 28) 2022 di Singapura.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato' Sri Fadillah bin Haji Yusof di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Encik Adena bin Mamat, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Pasukan Projek Khas, Unit Projek Khas ECER 3 yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 Disember 2022.