Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti, EN. MOHD SHARIDIN BIN ABD HALIM@MAT SOH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 20 JANUARI 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam(J41) bertempat di Jabatan Perumahan Negara pada tahun 1996.Beliau telah berkhidmat lebih 27 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti, YBRS. HAJI BAHARUDDIN BIN ALIPENGURUS BESAR KANAN PEMBINAAN PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI TERENGGANU yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 JANUARI 2023.
Had laju Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan daripada 90km/j kepada 80km/j berkuat kuasa mulai 18 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023 berdasarkan Ops Bersepadu sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023.
Pewartaan pengurangan had laju sementara ini merupakan antara langkah-langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil Kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku pada musim perayaan.
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DAN OPS BERSEPADU BERSEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Ops Bersepadu bersempena perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama-sama YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan di Kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara) pada hari ini, 17 Januari 2023.
Program 2023 JKR & Trimble BIM and IBS Showcase telah diadakan pada 12 Januari 2023 di Dewan Tan Sri Mahfoz, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui kerjasama di antara Trimble Solution Malaysia Sdn Bhd, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur. Seramai 200 peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada para pegawai JKR dan pemain industri pembinaan. Program ini turut dihadiri dan disaksikan oleh YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid (Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Sektor Pakar), YBhg. Dato’ Ir. Zulkipli bin Hj.
Pada 12.01.2023 (Khamis), Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Menaik Taraf Jambatan FT001/724/5 Merentasi Sungai Kerian dan Pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian FT001/FT283 Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas kepada Ketua Pengarah Kerja Raya telah diadakan secara ringkas di Tingkat 33, Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh Mantan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman dan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya. Majlis ini merupakan simbolik kesinambungan tugas dalam memacu agenda pembangunan dan infrastruktur Negara seterusnya mengangkat JKR sebagai agensi teknikal utama Negara.
JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 5th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2023
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 5th. JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 8 dan 9 Ogos 2023 sebagai satu usaha untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR di Dewan Utama CREaTE.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia mulai 05 Januari 2023. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato. Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBhg. Dato. Ir. Hj. Zulkipli bin Hj.