11 Ogos 2022 - Unit BIM, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu telah menerima kunjungan delegasi Jabatan Pengurusan Fasiliti, Kesihatan dan Keselamatan UNITEN yang diketuai oleh Pengarah Jabatan iaitu Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Sivadass Thiruchelvam. Pihak JKR amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan BIM di JKR.
Sukacita dimaklumkan bahawa sesi temuduga bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 telah pun selesai dilaksanakan dari 23 Jun 2022 sehingga 18 Julai 2022. Jawatankuasa Perakuan Pensijilan bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 juga telah bersidang pada 11 Ogos 2022 dan telah memperakukan keputusan kesemua calon-calon yang berjaya dalam sesi temuduga tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang berjaya.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di pautan berikut:
Pada tanggal 9 Ogos 2022 (Selasa) bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan perlantikan Pengarah Projek bagi projek di bawah Cawangan Jalan iaitu Menaiktaraf Jalan FT004 Gerik/Kupang/Lunas Dari Seksyen 23.10 – Seksyen 35.70, Kulim, Kedah Darul Aman dan Menaiktaraf Jalan Perindustrian Rawang (FT3209), Dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.
Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Sarawak telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 5 Ogos 2022 (Jumaat) hingga 7 Ogos 2022 (Ahad) dengan jayanya. Kementerian Kerja Raya (KKR) selaku kementerian penganjur pada sesi jelajah kali ini telah mengambil langkah proaktif dan pragmatik dengan mengetengahkan elemen industri pembinaan melalui Pameran Inovasi dan Teknologi. Ini adalah selaras dengan transformasi negara melalui Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) yang difokus dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Lawatan YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya ke Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Gas Perubatan, Sistem Pendingin Hawa Berpusat, Sistem Pencegahan Kebakaran, Sistem Pendawaian Elektrik dan Kerja-kerja Berkaitan di Bangunan Utama Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.
Lawatan YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia ke Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Projek Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) - Pembinaan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
YBhg. Dato' Seri KPKR mencadangkan partial handing over untuk blok makmal supaya UTEM boleh menguruskan perolehan perabot dan kelengkapan makmal lebih awal. PPPN Melaka dimohon berbincang dengan UTEM.
Turut hadir JKR Melaka, PPPN Melaka, kontraktor dan perunding.
Lawatan YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya ke Projek Akademi Latihan Rela Sungai Udang, Melaka Fasa 2. Pemberian EOT 6 bulan melalui Inisiatif Tambahan Kerajaan Pasca Pandemik dalam Kontrak Kerja Kerajaan (PK2.4) telah menyelamatkan projek ini daripada sakit.
Untuk projek ini disiapkan pada tahun 2023, YBhg. Dato' Seri KPKR mengingatkan PPPN Melaka dan kontraktor agar meningkatkan kemajuan kewangan pada tahun 2022 supaya baki kos projek pada tahun 2023 lebih realistik.
Lawatan Kerja YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia ke Tapak Projek Menyiapkan Baki Kerja Terbengkalai Bagi Cadangan Pembinaan Hospital Petrajaya (300 Katil) Petrajaya Sarawak -Tender Semula.
Antara yang dibincangkan ialah status semasa projek yang mendahului jadual dan perancangan serta komitmen kontraktor bagi memastikan projek dapat disiapkan pada tahun 2024.
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Di Kem Sri Miri Sarawak - Fasa 2 (Reka dan Bina) telah diadakan pada 01 Ogos 2022 (Isnin) bertempat di Tapak Projek RKAT Kem Sri Miri-Fasa 2, Batalion Ke-20 RAMD Kem Sri Miri.