Jelajah FTRoadpedia meneruskan misi tinjauan infrastruktur Keluarga Malaysia dengan siri jelajah kali kedua di Zon Selatan (FTRoadpedia Zon Selatan 2.0), bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2022 diketuai oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Cadangan Penggantian Pontoon dan Kerja Berkaitan di Jeti Teluk Bujur, Pulau Tuba, Langkawi, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Ogos 2022 (Ahad) bertempat di Jeti Teluk Bujur, Pulau Tuba, Langkawi, Kedah.
Pada tanggal 18 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Ruang Legar Aras 2, Menara Kerja Raya Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) iaitu PEMBINAAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH PAPAR, SABAH.
Jelajah FTRoadpedia meneruskan misi tinjauan infrastruktur Keluarga Malaysia dengan siri jelajah kali kedua di Zon Selatan (FTRoadpedia Zon Selatan 2.0), bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2022 diketuai oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.
Majlis Perasmian Hospital Bera telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob pada 20 Ogos 2022 yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia dan Yang Berhormat Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Inna lillahi wa inna ilahi raji'un.
Salam takziah kepada Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR), dan seluruh ahli keluarga di atas kembalinya ke Rahmatullah ibunda tercinta, Hajah Chik Binti Saad, pada hari Sabtu, 22 Muharram 1444H bersamaan 20 Ogos 2022.
Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pegawai di Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), Bahagian Mekanikal, Penolong Jurutera Mekanikal Kanan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur, Allahyarham En. Nazir Mohamad telah terlibat dalam kemalangan motorsikal balik kerja petang tadi 16 Ogos 2022 dan disahkan meninggal dunia.
Mohon semua doakan.
Salam Takziah buat keluarga arwah.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".
Pada 11 Ogos 2022, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof mengetuai rombongan FTRoadPedia Zon Timur 3.0 bersama Ketua-ketua Agensi dan Pengurusan Tertinggi KKR menaiki bas dari Kementerian Kerja Raya untuk menelusuri Jalan Persekutuan lebih 1000km dari Kuala Lumpur - Pahang - Kelantan – Perak. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula 11 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 13 Ogos 2022 (Sabtu).
Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Tertinggal Bagi Meroboh dan Membina Semula Bangunan Auditorium di Atas Sebahagian Lot 60016 (Asal Lot 2359 & 2360) Mukim Ulu Melaka, Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Ogos 2022 (Isnin) bertempat di Bangunan Auditorium Kota Mahsuri, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.
Kunjungan hormat delegasi dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diketuai oleh YH Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor UMP berserta pegawai-pegawai daripada UMP telah diadakan pada 15 Ogos 2022 (Isnin).