YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Zulkefly b. Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Malaysia (KPKR), diiringi oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menyempurnakan Majlis Flag Off Sumbangan Kilat Bencana Yan #JKRPRIHATIN pada hari ini. Pelbagai barangan keperluan asas akan diagihkan kepada kakitangan JKR Daerah Yan dan penduduk yang terjejas oleh para petugas bantuan Misi Bencana Yan JKR Malaysia.
Sesi Penyerahan Projek Siap dan Pembukaan Laluan FT366 Jalan Temiang – Pantai bagi Projek Membina Jalan Penghubung Ke Kawasan Pembangunan Baru Bermula 3km Selepas Interchange Temiang Ke FT86 Jalan Pantai, Seremban telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Ogos 2021 (Khamis) bertempat di Pejabat Tapak Projek, Seremban, Negeri Sembilan.
26 Ogos 2021- Syabas dan tahniah Jabatan Kerja Raya Malaysia atas kejayaan dalam sesi Temubual Eksklusif antara Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman bersama Timbalan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), YBrs. Dr. Mohd Bakhari Bin Ismail.
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia tahun 2021 kini berada di Peringkat Kedua iaitu Penilaian Kompetensi oleh Panel Penilai. Calon-calon yang telah mengemukakan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal, perlu hadir ke Sesi Temuduga bagi melengkapkan proses Peringkat Kedua ini. Untuk mengetahui Jadual Sesi Temuduga dan maklumat lanjut, sila klik di pautan berikut:
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Pembinaan Makmal Komputer Sabah (Menyiapkan Baki Kerja Bagi 37 Makmal Komputer) Zon 1, Semporna sebanyak 9 buah makmal sekolah telah diadakan pada 20 Ogos 2021 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Mataking, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang mana turut dilangsungkan secara dalam talian (Google Meet).
YBhg. Dato-Dato’/ Datin-Datin/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati,
Segala syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas perkenanNya jua, Program Bakul Kasih JKR Malaysia telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah, agihan Bakul Kasih kepada semua penerima yang terdiri daripada kakitangan Jabatan telah berjaya disampaikan dengan lancar dan sempurna.
Majlis Perjumpaan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat bersama Warga CDPK telah diadakan secara maya pada 25 Ogos 2021 melalui aplikasi WEBEX.
Dihadiri 300 orang warga CDPK, perjumpaan secara maya ini telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan dikendalikan oleh Cik Jurisah binti Mohd Isah selaku Pengacara Majlis.
Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan program Persada Minda @ JKR 2021 yang bertemakan “Revolusi Teknologi 4.0 Dalam Norma Baharu” dari 6 hingga 10 September 2021 secara dalam talian selari dengan norma baharu.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MUAHMAD BIN JUSOH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR KUALA LUMPUR yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 23 OGOS 2021.