Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Mohamed Azly Abdul Aziz, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR  kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian PhD beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor Of Philosophy (Renewable Energy)" pada 19 Ogos 2020 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk “RETROFIT DESIGN AND OPTIMIZATION OF INTEGRATED PHOTOVOLTAIC THERMAL (PVT) AND AIR SOURCE HEAT PUMP (ASHP) FOR HEALTHCARE FACILITY”.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan pada 7 September 2020 Dan telah dirasmikan oleh YBhg. Ir. Dato’ Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Melayu
  • Butiran program: PROGRAM OUTREACH AKRAB JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA 2020 DI HOTEL CASUARINA @MERU, IPOH, PERAK.
  • TEMA: PRIHATIN, PROAKTIF, SERONOK BEKERJA #KITAJAGAKITA
  • Tarikh program: 15 SEPTEMBER 2020
  • Program Outreach ini merupakan program tahunan yang dirancang bertujuan untuk menyebarluas dan mempromosikan kewujudan dan peranan ahli AKRAB serta aktiviti-aktiviti AKRAB kepada warga JKR di peringkat Ibu Pejabat dan juga JKR Negeri.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. MAT ROSLY BIN MAT DAUD, SETIAUSAHA BAHAGIAN PERANCANG JALAN, KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 SEPTEMBER 2020.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) TAMAN BATU MUDA, KUALA LUMPUR telah diadakan pada 05 September 2020 (Sabtu) bertempat di Klinik Kesihatan Batu Muda, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.

Alt

adminjkr


Melayu

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , YB. Dato' Sri Mustapa Mohamed yang turut merupakan sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Naiktaraf Kompleks Majlis Sukan Negara  pada 3 September 2020. Lawatan bertujuan melihat kemajuan pelaksanaan projek serta tatacara pengurusan projek pembinaan projek  yang dilaksanakan secara konvensional (perunding).

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek siap bagi projek penggantian lif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan tajuk kontrak PEMBAIKAN DI BANGUNAN MENARA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA - PENGGANTIAN LIF BAHARU yang telah diadakan pada 4 September 2020 (Jumaat) bertempat di Dewan Perdana, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi - 12.30 tengah hari.

Alt

adminjkr


Melayu

Bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 28 Ogos 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek-projek Cawangan Jalan seperti berikut; 

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Blok Tambahan Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2020 (Khamis) bertempat di Dewan Bankuet Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah.

Alt

adminjkr


Melayu

Tahniah diucapkan atas pelantikan Encik Syed Zubir bin Syed Husin sebagai Pengarah JKR Negeri Perlis berkuatkuasa mulai 1 September 2020.

Majlis penyampaian surat pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 1 September 2020, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan).

Alt

adminjkr


Halaman-halaman